Siakap Keli
Man Tobey Meninggal Dunia
Gambar: Sinar Harian

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia

Bekas Kumpulan Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia

SHAH ALAM — Man Tobey, 58, yang merupakan bekas pemain bass generasi pertama XPDC (Tragedy) serta Meditasi dan Garuda dilaporkan meninggal dunia pada tengah malam semalam, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada jam 12.04 tengah malam.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Garing, Rawang.

Allahyarham telah meninggalkan seorang balu, Zamidah Ishak, 62 dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 25, dan Nur Anis Sofea, 23.

Terlibat Dalam Kemalangan

Sebelum ini, Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang. Hal ini berikutan beliau dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mei tahun lalu.

Difahamkan, Man Tobey sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal dari arah Selayang di Rawang.

Menurut salah seorang anaknya, kebiasaannya, beliau mengambil barang di Pasar Selayang dan pulang pada jam 9 pagi untuk berniaga di kedai runcit di kawasan kediamannya dekat Rawang.

Bagaimanapun, sehingga jam 10 pagi ayahnya belum pulang pada hari kejadian. Tanda tanya itu diakhiri dengan panggilan telefon dari seorang rakan yang menjelaskan ayahnya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah treler.

BACA JUGA: Rebah Di Atas Pentas, Rapper Afrika Costa Titch Meninggal Dunia

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Jalan Bukit Templer-Rawang kira-kira pada jam 10 pagi.

Dalam kemalangan tersebut, beliau mengalami kecederaan tulang belakang, leher dan tangan kanan kirinya patah. Lebih teruk lagi, tulang belakangnya menutup saluran pernafasan.

Susulan itu, Man Tobey terpaksa menjalani dua pembedahan. Dia perlu menebuk leher bagi memasang alat bantuan pernafasan dan tidak lagi mampu selepas itu.

Selain terlibat dalam aktiviti perniagaan, Man Tobey juga merupakan bilal di surau kediamannya di Apartment Taman Setia Rawang.

Kumpulan XPDC

Terdahulu, Man Tobey merupakan bass kumpulan XPDC (Tragedy). Kumpulan tersebut dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum).

Bagaimanapun, Man Tobey telah menarik diri daripada kumpulan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?