Siakap Keli
lihat anak bulan esok
Gambar: Bernama

Pengisytiharan Tarikh Mula Puasa Akan Diumum Lepas Lihat Anak Bulan Esok

Pengisytiharan Tarikh Mula Puasa Akan Diumum Lepas Lihat Anak Bulan Esok

KUALA LUMPUR– Esok (22 Mac) menjadi hari penting bagi melihat anak bulan Ramadan yang akan menentukan tarikh puasa pada tahun ini.

Memetik laporan Astro Awani, pengisytiharan tarikh mula berpuasa akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebaik tugas melihat anak bulan selesai esok.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata pihak mereka bersetuju menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan kaedah Rukyah dan Hisab.

Lihat anak bulan esok

Terdapat sebanyak 29 lokasi yang telah diperkenankan untuk melihat anak bulan di seluruh negara.

Antaranya di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Selain itu, jawatankuasa itu juga telah diperkenankan untuk melihat anak bulan di Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan.

BACA: Apa Itu Anak Bulan & Nampak Apa Bila Kita Tengok? Ini Penjelasannya

Ia termasuk di Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Sementara itu, di Perak pula lokasi untuk melihat anak bulan adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung.

Di Pulau Pinang, Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh. Manakala di Kedah pula adalah di Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar.

Lokasi lihat anak bulan

Antara lokasi-lokasi lain adalah di di Bukit Besar, Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut. Ia juga boleh dilihat di Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu.

Di Kelantan adalah Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu.

Dalam pada itu di, ia juga boleh dilaksanakan di Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching serta Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak). Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah). Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berinchang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).

Ia juga boleh dilihat di Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya serta Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.
Sumber: Astro Awani

Ezzatul Syafiqah