Siakap Keli
anak bulan
Foto: Petrosains

Apa Itu Anak Bulan & Nampak Apa Bila Kita Tengok? Ini Penjelasannya

Sekurang-kurangnya setiap tahun, dua kali kita akan mendengar mengenai anak Bulan. Sekali ketika menanti tarikh 1 Ramadan dan kali kedua apabila menunggu tarikh 1 Syawal. Ketika kecil, mungkin ada yang tertanya-tanya dan menyangka Bulan yang biasa dilihat itu melahirkan anak kan?

Dah dapat belum jawapan yang sebenar? Atau masih lagi tertanya-tanya? Pernah tengok bentuknya macam mana dan kenapa kita tengok ketika Ramadan dan Syawal bakal menjelma?

Bentuk berubah-rubah

Umum mengetahui di ruang angkasa lepas, Bulan berada di antara Bumi dan Matahari. Sambil berputar pada paksinya, Bulan juga beredar mengelilingi Bumi.

Menurut Penulis Petrosains, Ayu Rohani, bentuk Bulan yang dilihat dilangit adalah berubah-ubah dari masa ke semasa. Perubahan Bulan ini bergantung kepada bahagian permukaan Bulan yang memantulkan cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa beredar mengelilingi Bumi.

Bahkan, bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan. Setiap putaran lengkap Bulan atau tempoh masa dari fasa ke fasa Bulan yang lain mengambil masa 29 hari setengah.

Lihat gambar rajah di bawah

Dalam ‘dunia’ astronomi, anak Bulan merupakan satu fasa yang berlaku apabila Bulan berada sebaris dengan Matahari. Ketika ini, jika dilihat menggunakan mata kasar, Bulan tidak kelihatan kerana permukaan gelap menghadap ke arah Bumi.

Kita nampak apa?

Untuk pengetahuan anda semua, rupa anak Bulan bukanlah Bulan bersaiz kecil atau berbentuk sabit. Tetapi dari segi astonomi, ia adalah Bulan gelap. Kita tidak dapat melihat dengan mata kasar sebaliknya perlu dilihat melalui teleskop.

Menerusi gambar rajah yang dikongsikan ini, selepas anak Bulan barulah muncul Bulan sabit yang menandakan bermulanya Bulan baharu.

Aktiviti mencerap biasanya akan dilakukan pada malam ke-29. Sekiranya semasa cerapan sudah menampakkan anak Bulan, maka keesokkan hari dikira 1 haribulan atau hari pertama dalam Bulan baharu menurut kalendar lunar seperti takwim hijrah dan kalendar Cina.

Uniknya dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan Bulan yang gelap.

“Perayaan Tahun Baru Cina di sambut satu hari lebih awal daripada sambutan Hari Raya. Tarikh Tahun Baru Cina adalah berdasarkan kalendar Cina dan Hari Raya adalah berdasarkan kalendar takwim hijrah. Kedua-dua kalendar ini adalah kalendar lunar yang berpandukan pada putaran lengkap Bulan,” jelas Ayu Royani.

Sumber: Petrosains

Baca juga: Tarikh Hari Raya Akan Diumum 1 Mei Ini, Tertakluk Kepada Hasil Cerapan Anak Bulan Di 29 Lokasi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang