Siakap Keli
Waktu bekerja qatar
Gambar: AFP

Qatar Umum Waktu Bekerja Baharu Sempena Ramadan, Masuk 9 Pagi Balik 2 Petang

Qatar Umum Waktu Bekerja Baharu Sempena Ramadan, Masuk 9 Pagi Balik 2 Petang

Kakitangan sektor awam Qatar akan bekerja selama lima jam sehari sepanjang bulan Ramadan, umum Menteri Hal Ehwal Negara Qatar, Mohamed Al Sulaiti pada Isnin.

Menurut agensi berita negara Qatar (QNA), Al Sulaiti mengeluarkan pekeliling yang menyatakan waktu bekerja akan bermula secara rasmi dari 9 pagi hingga 2 petang.

Pengumuman itu terpakai bagi kementerian, agensi kerajaan dan institusi negara tersebut.

Menurut laporan itu lagi, pekerja juga dibenarkan masuk kerja pada pukul 10 pagi, bergantung kepada keperluan kerja mereka namun perlu mencukupi jumlah lima jam tempoh bekerja yang diumumkan kepada setiap pekerja.

Pengumuman itu dibuat sehari sebelum tarikh melihat anak bulan yang menyatakan secara rasmi bulan Ramadan sudah tiba.

Minggu lalu, Kalendar Qatar menjangkakan bahawa permulaan bulan suci tahun ini mungkin jatuh pada hari Khamis, 23 Mac ini.

Mengikut kalendar Hijrah Islam, bulan akan bermula dan berakhir bergantung kepada pergerakan bulan di orbitnya mengelilingi bumi.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Bagi negara Malaysia pula, esok (22 Mac) menjadi hari penting bagi melihat anak bulan Ramadan yang akan menentukan tarikh puasa pada tahun ini.

Memetik laporan Astro Awani, pengisytiharan tarikh mula berpuasa akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebaik tugas melihat anak bulan selesai esok.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata pihak mereka bersetuju menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan kaedah Rukyah dan Hisab.

Lihat anak bulan esok

Terdapat sebanyak 29 lokasi yang telah diperkenankan untuk melihat anak bulan di seluruh negara.

Antaranya di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Selain itu, jawatankuasa itu juga telah diperkenankan untuk melihat anak bulan di Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan.

Ia termasuk di Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Sementara itu, di Perak pula lokasi untuk melihat anak bulan adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung.

Di Pulau Pinang, Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh. Manakala di Kedah pula adalah di Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar.

Sumber: Doha News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka