Siakap Keli
Ajaran sesat Si Hulk
Kredit Sinar Harian

Tular Video Hina Islam Dan Nabi, PDRM & JAINJ Buru Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’

Tular Video Hina Islam Dan Nabi, PDRM & JAINJ Buru Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan PDRM kini dilapor sedang giat mengesan kumpulan ajaran sesat yang dinamakan sebagai Si Hulk selepas didakwa menyebarkan sebuah video tular yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, lapor Sinar Harian.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, JAINJ telah menerima laporan berhubung penyebaran video yang telah tular di media sosial TikTok itu sejak Isnin yang lalu.

Menurut Mohd Fared, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Julai 2021 telah memutuskan bahawa fahaman serta ajaran Si Hulk adalah sesat.

Fahaman yang diasaskan oleh Suhaini Bin Mohammad itu dipercayai menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.

“Di dalam video yang tular itu, dengar seperti mereka sebut Syiah tetapi ia adalah Si Hulk. Penyebaran video tular mengenai ajaran Si Hulk ini memberi gambaran ajaran sesat ini masih ada pengikut setia walaupun sudah diharamkan dua tahun lalu.

“Kerajaan negeri memberi amaran keras kepada pelaku di dalam video terbabit dan mana-mana pihak agar menghentikan penyebaran ajaran sesat ini. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada hari ini.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Mengaku menyokong ajaran Si Hulk

Menerusi video tular berdurasi seminit 17 saat itu, jelas memaparkan empat individu lelaki tersebut mengaku mereka menyokong ajaran Si Hulk. Mereka juga dapat didengar ada menyebutkan beberapa ayat antaranya adalah Nabi Muhammad SAW adalah tuhan.

Selain itu, Mohd Fared turut mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 21 ajaran sesat telah dikesan di Johor. Kesemua ajaran sesat tersebut telah diletakkan dalam senarai fatwa dan warta yang berkaitan dengan akidah di negeri tersebut.

Beberapa senarai ajaran sesat yang didedahkan adalah ajaran Ismail Arifin@lepat, fahaman Hizbut Tahrir, ajaran Azman Samat, ajaran Millah Abraham dan kumpulan Layar Bahtera.

“Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah diharamkan dan dilarang berpegang dengan fahaman dan ajaran sesat itu.

“Justeru, fahaman dan ajaran sesat hendaklah disekat dengan apa cara sekali pun daripada disebarkan di Johor dan mana-mana orang Islam yang terbabit dengan ajaran ini hendaklah bertaubat,” katanya lagi. 

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka