Siakap Keli
kulat amerika syarikat
Kredit AFP, Yahoo News

Berpotensi Bawa Maut, Amerika Syarikat Diserang Wabak Kulat

Berpotensi Bawa Maut, Amerika Syarikat Diserang Wabak Kulat

Satu kes jangkitan kulat yang berpotensi membawa maut telah merebak dengan pantas di seluruh Amerika, lapor CNN.

Menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), Candida auris telah dianggap sebagai suatu ancaman yang serius. Ia dikesan meningkat hampir dua kali ganda kes yang berlaku pada tahun 2021.

Penerbitan yang diterbitkan pada Isnin lalu dalam Annals of Internal Medicine telah menilai kes Candida auris sejak ia dilaporkan pada 2016 lalu.

Penulis kajian mendapati bahawa kes klinikal meningkat setiap tahun. Daripada 53 kes pada 2016 meningkat kepada 330 kes pada 2018. Kemudian ia melonjak daripada 476 kes pada 2019 kepada 1,471 kes pada 2021.

Kes jangkitan Candida auris juga dilaporkan berkembang secara geografi, di mana ia pada mulanya hanya dikesan berlaku di kawasan New York City dan Chicago. Candida auris kini telah dikesan merebak sehingga separuh daripada AS.

Antara 2019 hingga 2021, sebanyak 17 negeri telah mengenal pasti kes pertama mereka berkenaan jangkitan tersebut.

CDC telah mengumumkan Candida auris sebagai ‘ancaman segera’ kerana ia selalunya tidak berkesan kepada rawatan ubat. Ia juga mudah merebak melalui kemudahan penjagaan kesihatan dan boleh menyebabkan maut.

Selain itu, ia juga dilaporkan mampu tahan terhadap beberapa pembasmi kuman dan boleh dijangkiti pada kulit tanpa menunjukkan gejala dan menyebabkan penyebaran.

Para penyelidik berkata bahawa penyebaran ini mungkin meningkat selepas tekanan berkaitan dengan pandemik pada penjagaan kesihatan dan sistem kesihatan awam.

Lebih cepat merebak

“Peningkatan yang cepat dan penyebaran kes geografi membimbangkan telah menekankan keperluan untuk pengawasan berterusan.

Keperluan untuk kapasiti makmal diperluaskan, ujian diagnostik yang lebih cepat dan pematuhan terhadap pencegahan dan kawalan jangkitan sangat diperlukan,” kata ahli epidemiologi CDC, Dr Meghan Lyman.

Penyebaran Candida auris di AS berlaku ketika kebimbangan yang semakin meningkat tentang kulat yang mengancam kesihatan.

Tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan senarai pertama “patogen keutamaan kulat,” termasuk Candida auris.

“Patogen kulat adalah ancaman utama kepada kesihatan awam kerana ia menjadi semakin biasa dan tahan terhadap rawatan dengan hanya 14 jenis ubat antikulat yang tersedia ketika ini” kata WHO.

Organisasi itu berkata bahawa peningkatan jangkitan kulat ini mungkin disebabkan oleh pemanasan global dan peningkatan perdagangan dan perjalanan antarabangsa.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Menurut CDC, Candida auris pada awalnya dikenal pasti wujud sebanyak empat strain di empat benua yang berlainan antara 2009 dan 2015. Namun kesemua empat strain ini kemudian telah dikenal pasti di AS dan mungkin dibawa melalui perjalanan antarabangsa.

Pegawai kesihatan awam telah meningkatan usaha pengawasan mereka untuk mengesan Candida auris, termasuk ujian kulat pada badan manusia tanpa gejala.

Menurut kajian baharu kes itu, kes saringan telah meningkat tiga kali ganda dari 2020 hingga 2021 dengan jumlah 4,041 kes.

Orang yang sihat biasanya tidak akan dijangkiti dengan Candida auris, menurut CDC. Sebaliknya, ia akan memberi kesan kepada orang yang mempunyai masalah perubatan yang serius dan memerlukan penjagaan kesihatan.

Pemeriksaan untuk Candida auris boleh membantu melindungi orang yang berisiko tinggi mendapat jangkitan yang serius.

Sumber: CNN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka