Siakap Keli
Bunyi buaya jantan
Kredit TikTok

Seram, Ini Rupanya Bunyi Buaya Jantan Cuba ‘Ayat’ Buaya Betina Untuk Mengawan

Seram, Ini Rupanya Bunyi Buaya Jantan Cuba ‘Ayat’ Buaya Betina Untuk Mengawan

Haiwan reptilia merupakan haiwan berdarah sejuk yang mempunyai kulit bersisik atau keras. Haiwan ini kebiasaannya mempunyai cara pembiakan dengan menghasilkan telur.

Haiwan reptilia seperti buaya sangat agresif terutamanya apabila berada di dalam air. Haiwan ini mampu menyerang hendap dari dalam air tanpa disedari oleh mangsa mereka.

Semasa musim mengawan, buaya jantan kebiasaannya akan menunjukkan sifat yang sangat agresif bagi merebut buaya betina. Mereka akan menunjukkan kekuasaan daerah mereka bagi mendapatkan betina yang berada didalam kawasan yang sama.

Namun begitu, tahukah anda buaya akan mengeluarkan bunyi yang menyeramkan untuk menarik minat si buaya betina.

Anda tertanya-tanya bagaimana bunyi seram tersebut?

Mari ikuti perkongsian daripada pengguna TikTok @wildamericahd yang memuat naik video mengenai bunyi yang dihasilkan oleh buaya jantan tersebut.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 20 saat itu, buaya jantan dikatakan akan mengeluarkan bunyian tersebut untuk mengawan bersama buaya betina pilihannya.

Bunyi macam dalam filem dinosaur

Menurut perkongsian itu, bunyi tersebut dikatakan mirip dengan bunyi yang digunakan di dalam filem haiwan purba terkenal, Jurassic Park

“Bunyi mengawan buaya seperti bunyian dari filem Jurassic Park,” tulis kapsyen muat naik perkongsian tersebut.

Perkongsian video tersebut turut mendapat komen pelbagai dari penonton yang melihatnya.

Antara komen menarik yang ditinggalkan adalah:

“Bunyinya seperti Jurassic Park kerana mereka mengambil pelbagai campuran bunyi dari haiwan lain termasuk buaya,” tulis seorang netizen yang memberikan pendapat mengenai bunyi tersebut.

“Haiwan ini sudah wujud sejak zaman dinosaur lagi,” tulis seorang lagi netizen.

Terdahulu, Siakap Keli pernah melaporkan dua ekor buaya sepanjang tiga meter dan 4.87 meter dilaporkan terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang atau Matang Wildlife Centre (MWC) petang kelmarin.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku berikutan kandang rosak dan hujan lebat hingga berlakunya banjir kilat dan air deras.

Susulan itu, SFC menggesa orang ramai lebih berwaspada dan peka tentang kehadiran reptilia tersebut di persekitaran MWC.

“Sila ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tinggal berhampiran MWC, terutama para penduduk di Kampung Rayu.

@wildamericahd

The mating sounds of an alligator sound like something from Jurassic Park #wildamerica #animals #wildlife #alligator

♬ original sound – Wild America Official

Sumber: Wild America via TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka