Siakap Keli
nasi ayam 3kg
Gambar: The Nation Thailand

“Challenge Accepted,” Tular Gadis Jelita Berjaya Habiskan 3Kg Nasi Ayam Dalam Masa Setengah Jam

“Challenge Accepted,” Tular gadis Jelita Berjaya Habiskan 3Kg Nasi Ayam Dalam Masa Setengah Jam

Seorang pelancong muda Taiwan yang bertubuh langsing berjaya menghabiskan nasi ayam seberat tiga kilogram dalam satu cabaran yang dianjurkan sebuah restoran di Bangkok, lapor The Nation Thailand.

Gadis itu difahamkan berjaya menyelesaikan cabarannya pada Rabu lalu dalam tempoh masa kurang daripada sejam.

Gadis yang bernama Jai Wei Ku itu dilihat memakai pakaian seragam sekolah menengah Thai semasa mengikuti cabaran ‘nasi ayam gergasi’ di restoran Sri Leung Pochana.

Berdasarkan laporan, mereka yang berjaya menghabiskan hidangan seberat tiga kilogram dalam masa kurang daripada sejam bakal menikmati makanan secara percuma.

Walau bagaimanapun, mereka yang tidak dapat menghabiskan makanan tersebut perlu membayar kos penuh sebanyak 650 baht (RM84).

Menurut catatan Facebook restoran itu, gadis itu telah menjadi pemenang ke-37 bagi cabaran yang dianjurkan restoran tersebut.

Menurut catatan itu lagi, gadis tersebut berjaya menghabiskan hidangan itu dalam tempoh 35 minit sahaja.

“Gadis sekolah Taiwan, Jai Wei Ku mengambil masa 35 minit untuk selesai. Sangat comel,” tulis penerangan muat naik Facebook restoran tersebut berserta gambarnya.

Kredit The Nation Thailand

Hidangan nasi ayam seberat 3kg habis dalam 35 minit

Hidangan ‘nasi ayam gergasi’ itu terdiri daripada dua kilogram nasi dan satu kilogram ayam yang digoreng, dikukus atau dibakar. Hidangan itu turut disertakan dengan sup dan sos panas.

Menurut laporan media Thai, hidangan itu dikatakan cukup untuk dimakan oleh lapan orang yang kelaparan.

Sementara itu, Jai yang juga blogger makanan sempat memuat naik gambar dirinya di Instagram sambil memakai pakaian seragam pelajar Thailand. Pakaian seragam itu kini menjadi trend fesyen popular bagi pelancong wanita China.

Kredit The Nation Thailand

Selain itu, restoran tersebut turut berkongsikan gambar sebelum dan selepas cabaran di Facebook mereka. Ia juga turut disertakan dengan video bagaimana Jai dengan mudah menghabiskan set hidangan tersebut.

Restoran Sri Leung Pochana terletak berhampiran stesen Skytrain BTS Saphan Kwai di daerah Samsen Nai, Thailand.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Terdahulu, pegawai kesihatan di wilayah tenggara Trat, Thailand mengeluarkan amaran kepada orang ramai selepas dua mangsa maut akibat makan belangkas, lapor The Thaiger.

Menurut laporan itu lagi, lima yang lain turut dimasukkan ke hospital selepas memakan hidupan laut beracun yang membawa maut tersebut.

Difahamkan bahawa, belangkas adalah makanan ruji di rantau itu, tetapi belangkas yang hidup di paya bakau adalah sangat berbahaya dan mempunyai toksik yang tinggi.

Kesemua mangsa dilaporkan telah memakan belangkas paya bakau tersebut sebelum mengalami keracunan makanan.

Sumber: The Nation Thailand

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka