Siakap Keli
Aliah qistina dilarikan
Gambar: Cinta Zara Angelica

Polis Mohon Bantuan Kesan Aliah Qistina, Ibu Dakwa Anak Dilarikan

Polis Mohon Bantuan Kesan Aliah Qistina, Ibu Dakwa Anak Dilarikan

Ibu kepada kanak-kanak hilang, Noor Fatimahtul Zaharah Talib meminta orang ramai untuk membantu mengesan anak perempuannya yang hilang sejak 17 Mac lalu.

Dalam hantaran Facebooknya, wanita tersebut memberikan perkembangan terkini berkenaan berita kehilangan anaknya pada minggu lepas.

Dakwanya, Aliah (anaknya) dipercayai telah dibawa lari oleh seorang individu tidak dkenali menghala ke Johor Bahru, Johor.

Individu tersebut didakwa merupakan seorang lelaki warganegara asing yang berusia dalam lingkungan 20an. Lelaki tersebut dikatakan berkulit gelap dan berkerja di kawasan perumahannya.

Wanita tersebut meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan anak perempuannya. Bagi memudahkan orang ramai mengesan anaknya, dia turut berkongsi beberapa keping foto Aliah Qistina.

“Mugkin dia telah mengubah penampilan anak saya. Di sini saya sertakan gambar-gambar Qistina. Tolong camkan muka anak saya.”

Laporan kehilangan Aliah Qistina telah dibuat di balai polis berdekatan

Ibu Pejabat Daerah Jasin telah menerima sebuah laporan berhubungan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan pada 8.28 pagi, 18 Mac 2023.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil bin Radzi, kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun tersebut didapati hilang pada alamat: J9284, Jalan Kolam Air 3, 77000 Jasin Melaka.

Aliah merupakan salah seorang murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah, Jasin.

Dia memiliki ketinggian lebih kurang 159 sentimeter (cm) dan berat badan lebih kurang 50 kilogram (kg).

Selain itu, Aliah turut memiliki tubuh yang kurus dan tinggi, berkulit hitam manis dan mengenakan cermin mata.

Ahmad Jamil berkata, pegawai penyiasat dan pegawai perhubungan sekolah telah memulakan siasatan bagi mengesan kanak-kanak yang hilang tersebut.

Dalam kenyataan rasmi, mereka telah menemui pihak pengurusan SMK Iskandar Shah dan rakan-rakan kanak-kanak perempuan tersebut di sekolah bagi membantu siasatan.

“Pegawai penyiasat dan pegawai perhubungan sekolah telah menemui pihak pengurusan SMK Iskandar Shah dan rakan-rakan orang hilang di sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut.”

Bagi sesiapa yang memiliki maklumat yang dapat membantu siasatan, anda boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Hasnida binti Mohd Nasir pada nimbor telefon: 014-511 2895/06 529 2222.

Selain itu, orang ramai turut boleh berbuat demikian di mana-mana balai polis berdekatan dengan kawasan kediaman masing-masing.

BACA: Masjid Terbakar Teruk, Yang Lain Hangus Tetapi Al-Quran Tidak Dijilat Api

Sumber: Polis Jasin via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma