Siakap Keli
eksperimen sosial rider
Kredit: @zacharychiah/TikTok

Eksperimen Sosial: Rider Grab Lambat & Kena Tengking, Ini Reaksi Orang Ramai

Eksperimen Sosial: Rider Grab Lambat & Kena Tengking, Ini Reaksi Orang Ramai

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu eksperimen sosial yang memaparkan hati budi rakyat Malaysia apabila ternampak ada individu ditimpa nasib malang.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh @zacharychiah di TikTok, satu situasi telah direka bagi melihat reaksi orang ramai.

Pada permulaan, terdapat seorang pelanggan yang kepanasan akibat menunggu lama mula menghangatkan suasana dengan menggunakan nada marah.

Pelanggan itu berkata dia menunggu rider berkenaan selama dua jam tetapi kelibatnya masih tidak kelihatan.

“Dua jam aku tunggu, sekarang baru sampai?” tanya pelanggan itu dengan nada marah.

“Tadi saya lambat sikit tadi, tayar rosak,” jelasnya.

Situasi itu menjadi semakin tegang apabila pelanggan tersebut mahu membatalkan pesanan yang dibuat.

Rider tersebut kemudiannya terkejut kerana makanan itu masih belum dibayar dan sekiranya pelanggan itu batalkan pesanan, maka duit akan ditolak daripada akaun rider.

Ia mengakibatkan kerugian bagi pihak rider sekiranya pelanggan memilih untuk membayar tunai semasa penghantaran (Cash On Delivery).

BACA: Abang ‘Rider’ Buat Eksperimen Sosial Menangis Kek ‘Customer’ Terjatuh, Tak Sangka Ini Respond Orang Awam

Pertelingkahan kelihatan semakin kuat serta tegang dan dari sini, bermulanya sorotan untuk eksperimen itu.

Mereka berdua kemudiannya bergaduh, dan pelanggan tersebut mengugut untuk membuat aduan kepada Grab.

Kredit: @zacharychiah/TikTok

Rider itu cuba memujuk namun ia tidak berhasil sehingga pelanggan tersebut bertindak untuk mencampakkan makanan tersebut.

Kejadian itu kemudian dilihat oleh orang awam dan dari situ, mereka mula mencampuri urusan mereka kedua-dua lelaki terbabit.

Orang ramai hulur pertolongan

Kredit: @zacharychiah/TikTok

Tidak lama selepas itu, ada orang awam mula datang memberi bantuan kewangan kepadanya.

Lelaki itu memujuk rider berkenaan dengan memberikan nasihat dan kata-kata semangat.

“Kita sabar, kita boleh, kita menang,” kata lelaki tersebut.

Dalam satu kejadian yang lain, orang awam mula berkumpul untuk melihat keadaan tersebut dan menenangkan pelanggan yang sedang marah itu.

“Abang nak marah, marah je la. Jangan tolak dah, tak elok,” kata salah seorang yang berkumpul di situ.

Kemudian, ada seorang wanita yang datang bertanya berapa yang perlu dibayar oleh rider itu kerana dia mahu membantunya.

Rata-rata orang ramai yang melihat situasi itu berhenti dan mengambil berat dengan apa yang terjadi kepada rider tersebut.

“In shaa Allah, ada rezeki banyak ni, percaya, rezeki Allah yang tentukan bukan manusia.

“Takpe, rezeki bukan setakat ini je,” antara kata-kata yang dikeluarkan oleh mereka.

Eksperimen yang dibuat itu menunjukkan rakyat Malaysia masih mempunyai hati yang baik, ikhlas dan simpati yang tinggi terhadap orang yang kurang bernasib baik.

Ia juga berhasil dalam menghasilkan masyarakat yang suka menolong antara satu sama lain.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@zacharychiah

Inilah kisah abang delivery hadapi…….. 😭🥺 “setiap perkara mesti ada sebabnya” #zacharychiah #mrzachsocialexperiment #socialexperimentmalaysia #penang

♬ original sound – Mr. Zach – Mr. Zach

Sumber: @zacharychiah/Tiktok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana