Siakap Keli
penangan khairul aming
Kredit: Khairul Aming

Penangan Khairul Aming, Ramai Suami Luah Isteri Masing-masing Kirim Benda Sama

Penangan Khairul Aming, Ramai Suami Luah Isteri Masing-masing Kirim Benda Sama

Bulan puasa pasti akan membuatkan kita teringat kepada tukang masak selebriti terkenal Khariul Aming, yang sering kali membuat perkongsian resepi mudah semasa Ramadan kepada umum.

Seperti biasa, video yang dimuat naik olehnya pasti mendapat perhatian ramai susulan resepi tersebut hanya memerlukan beberapa bahan masakan dan didakwa tidak memakan masa yang lama.

Kebiasaannya, Khairul Aming yang terbiasa dengan pepatah ‘Hey whatsup guys’ akan memuat naik klip masakan sekitar 1 tengah hari di kesemua platform sosial media miliknya.

Orang ramai pasti tertunggu-tunggu dengan video masakan yang seterusnya kerana tidak sabar mahu mengetahui menu ringkas yang dikongsikan olehnya.

Sekiranya dinilai dengan mata yang kasar, waktu video itu dimuat naik merupakan waktu yang ideal walaupun ia membuatkan ramai yang terliur.

Ini kerana, ia memberi ruang kepada orang awam untuk membuat persediaan, sekiranya mahu mencuba masakan yang dikongsikan.

Setakat video masakan yang dikongsikan, pastinya mendapat tempat dalam kalangan awam dan mereka ternyata senang dengan perwatakan lelaki tersebut.

BACA: 30 Hari 30 Resipi ‘Bersiaran’ 48 Jam Lagi, Khairulaming Kongsi Kisah Sudu Kayu Setia Sejak 6 Tahun Lepas

‘Khairul Aming fever is back

Susulan itu, orang ramai bertindak untuk berpusu-pusu menuju ke pusat membeli-belah, membeli bahan yang diperlukan untuk membuat menu-menu tersebut.

Di laman Twitter, rata-rata warga maya membuat kemas kini mengenai keadaan pusat membeli-belah di bahagian bahan masakan.

Menerusi perkongsian @mirayusoff, dia memaklumkan bahawa penangan Khairul Aming telah kembali susulan barangan masakan telah berkurangan di beberapa bahagian.

Dia turut mengepilkan beberapa gambar menunjukkan keadaan di pusat membeli-belah itu

Ada juga yang berkongsi mengenai perbualan di aplikasi WhatsApp, di mana si isteri menyenaraikan bahan-bahan masakan untuk hidangan berbuka nanti.

Tanpa perlu bertanya, si suami sudah pun mengetahui menu apa yang akan dimasak susulan video tular Khairul Aming yang boleh didapati di mana-mana platform media sosial.

Dalam perkongsian lain, @pedoqpop berkata isterinya meminta untuk dia membeli barang namun dia telah mengetahui ‘punca’ utama tindakan isterinya itu.

Perkongsian ramai

Menjengah di ruangan komen, ramai yang berkongsi kejadian yang sama di mana hanya bahan masakan yang disenaraikan.

Kebanyakannya, para suami yang meninggalkan komen dan menyatakan situasi itu sama seperti yang dialami olehnya.

Dalam tangkap tayar tersebut, ia memaparkan bahan-bahan masakan yang perlu dibeli dan tangkap layar itu kesemuanya mempunyai persamaan.

Penangan Khairul Aming semestinya memberikan impak yang besar dalam kalangan orang ramai pada bulan Ramadan.

Sesetengah mereka yang terkait, turut meninggalkan komen menceritkan keadaan di pasar raya.

“Petang semalam pergi pasaraya, dekat situ siap letak rak display senang orang nak ambik resepi air Khairul Aming tu. Semua sedia ada dekat situ, dari longan sampai ke asam boi. Memang licin rak tu, selisih troli dengan orang mesti dalam troli masing-masing ada bahan air Khairul Aming itu, tak terkecuali aku,” kongsi @EyfaMccoy.

“Suami aku yan kalut cari semalam, aku pun terkejut jugak. Tak pernah-pernah nak beli air kotak teh bunga tu selalu yang ada dekat rumah tu aku sorang je yang minum,” kata @idaiden1.

Sumber: @pedoqpop@mirayusoff via Twitter

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana