Siakap Keli
Radhi OAG Tolak Kereta
Gambar: Anas Asnawi Gazali via Facebook Kumpulan DashCam Owners Malaysia

Tak Hirau Terik Panas, Tular Video Radhi OAG Bantu Tolak Kereta Rosak

Tak Hirau Terik Panas, Tular Video Radhi OAG Bantu Tolak Kereta Rosak

SHAH ALAM  — Baru-baru ini, tular satu rakaman yang memaparkan kemuliaan hati penyanyi, Radhi OAG sewaktu membantu menolak sebuah kereta yang rosak di tengah jalan, lapor Sinar Harian.

Menerusi perkongsian Anas Asnawi Gazali di laman Facebook Kumpulan DashCam Owners Malaysia hari ini memaparkan situasi yang berlaku.

Radhi OAG Tolak Kereta

Dalam klip berdurasi dua minit satu saat itu, Radhi OAG atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali meluru ke bahu jalan selepas melihat kenderaan tersebut tidak bergerak.

Dari riak wajah Radhi jelas terserlah kegigihannya dalam membantu kenderaan yang rosak itu pada 21 Mac lalu.

Sementara itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian sekolah disyaki anaknya datang ke kawasan itu.

Ragam kanak-kanak tersebut dilayan oleh Radhi dengan mengangkatnya ke atas bonet kereta sebelum kembali menolak kereta itu ke bahu jalan.

BACA JUGA: Malaysia Juara Piala Merlion, Benam Hong Kong 2-1

Kesungguhan dan kemuliaan hati yang dipamerkan oleh penyanyi itu membuatkan pemilik kereta berasa kagum. Apatah lagi cuaca pada ketika itu panas terik.

“Semoga ALLAH membalas jasamu dengan kebaikan dan memberi ganjaran dengan balasan terbaik. Terima kasih Radhi OAG,” tulisnya dalam video tersebut.

Sehingga jam 12 malam ini, klip berkenaan telah memperoleh lebih 12,000 Tontonan, lebih 4,000 tanda ‘Suka’ dan 462 komen di media sosial.

Terdahulu, Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku telah dilangsungkan di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Disember lalu, lapor Astro Awani.

Ia bersempena 30 tahun pembabitan OAG dalam industri muzik.

Untuk pengetahuan, Kumpulan pop dan alternative rock itu mula mencipta nama sejak 1992 dan popular menerusi lagu-lagu seperti Generasiku, Senyuman Ragamu dan Akustatik.

Pada 2006 merupakan tahun terakhir kemunculan OAG dalam industri muzik. Hal ini berikutan kumpulan itu mengambil keputusan untuk berhenti seketika.

Pada tahun 2020, kumpulan itu membuat kemunculan semula selepas 14 tahun menyepi dalam dalam industri seni muzik tanah air. Radhi bersama kumpulannya tampil dengan melancarkan album genre baharu bertajuk, Ori.

BACA JUGA: Diana Danielle Dilapor Failkan Permohonan Cerai

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?