Siakap Keli
JEMAAH UMRAH KEMALANGAN
SUMBER ALARABIYA NEWS

20 Jemaah Umrah Maut, Bas Ke Mekah Terlibat Kemalangan, Terbalik & Terbakar

20 Jemaah Umrah Maut, Bas Ke Mekah Terlibat Kemalangan, Terbalik & Terbakar

Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan 29 lagi cedera selepas bas dalam perjalanan ke Mekah yang membawa jemaah umrah terlibat dalam kemalangan, Isnin lepas.

Menurut laporan Al-Arabiya, mangsa yang maut merupakan warga negara Arab Saudi dan beberapa orang warga asing yang menetap di negara itu. Angka kematian mungkin akan meningkat menurut kenyataan Al-Arabiya yang memetik sumber yang tidak dinyatakan.

Kemalangan melibatkan bas itu berlaku di kilometer 14 Jalan Aqabat Shaar di wilayah Asir. Ketika kejadian, bas berkenaan melalui jalan itu dari Khamis Mushait menuju ke Abha.

Difahamkan, bas berkenaan mengalami masalah kegagalam brek ketika menuruni kawasan bukit, menyebabkan ia hilang kawalan lalu merempuh penghadang di sisi jambatan jalan itu. Bas berkenaan kemudian terbalik dan terbakar.

Ekoran itu, semua laluan menuju ke Aqabah Shaar ditutup untuk semua kenderaan bagi membolehkan pasukan penyelamat melaksanakan operasi penyelamat. Video yang merakam situasi pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa turut menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, dapat diliat api marak dan asap hitam berkepul-kepul naik ke langit.

Menurut kenyataan BBC, pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan namun percaya masalah brek mungkin menjadi punca.

Kemalangan ini berlaku pada bulan suci Ramadan dimana umat Islam sedang berpuasa dan berkunjung ke Mekah, kota tersuci umat Islam untuk menunaikan ibadah.

BACA: Didakwa Halang Tugas MBPJ Tangkap Anjing Liar, Warga Emas Bakal Dituduh Di Mahkamah

Sumber: Alarabiya News

Mohd Raimi Ismail

peace on earth