Siakap Keli
Beza coklat
Gambar: The Spruce Eats / Julia Hartbeck

Ini Beza Coklat Gelap, Coklat Susu & Coklat Putih Yang Ramai Tak Tahu

Ini Beza Coklat Gelap, Coklat Susu & Coklat Putih Yang Ramai Tak Tahu

Sebut sahaja manisan, pastinya anda membayangkan kepingan coklat. Coklat boleh dianggap sebagai manisan yang paling popular dan digemari oleh semua peringkat umur.

Makanan ini bukan sahaja kaya dengan pelbagai nutrien. Namun ia juga merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.

Coklat biasanya dijadikan dalam bentuk kepingan atau bar. Bahkan makanan ini turut mempunyai jenis atau warna yang berbeza seperti Coklat Gelap (Dark Chocolate), Coklat Susu (Milk Chocolate) dan Coklat Putih (White Chocolate).

Pastinya anda tertanya-tanya jika terdapat perbezaaan dan jenis coklat, adakah ia mempunyai perbezaan atau manfaat tersendiri?

Perbezaan Jenis Coklat

Dari segi luaran, sudah jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga coklat itu iaitu warna. Secara asasnya, pembuatan kesemua coklat ini menggunakan bahan seperti gula dan mentega koko.

Sudah tentu setiap jenis coklat yang menggunakan bahan yang berbeza-beza. Ia juga sebagai tanda dan keunikan yang terdapat pada jenis coklat.

Perbezaaan yang terdapat dalam manisan ini adalah dari segi bahan yang digunakan dalam ketiga-tiga jenis coklat ini;

Coklat Susu (Milk Chocolate)

Beza Jenis Coklat
Gambar: Madeline Diamond/INSIDER

Bagi coklat susu, bahan utama yang digunakan dalam manisan ini adalah susu, gula, mentega koko dan serbuk koko.

Dalam coklat susu, ia biasanya mempunyai 35 peratus hingga 55 peratus koko. Selebihnya bar coklat ini diperbuat daripada susu tepung dan gula.

BACA JUGA: Coklat Gelap Lebih Sedap Dari Coklat Putih? Ini 7 Bukti Kebaikan Coklat Gelap Terhadap Kesihatan Seseorang Yang disokong Oleh Sains

Secara asasnya, ia merupakan coklat gelap. Namun mempunyai lebih banyak susu dan lemak tenusu jika dibandingkan dengan coklat gelap. Kandungan susu dan lemak tenusu ini memberikan tekstur coklat berkrim dan warna coklat yang lebih muda.

Oleh itu, ia menjadikan bar coklat ini lebih manis berbanding rasa coklat gelap.

Coklat Susu Gelap

Untuk pengetahuan, coklat susu juga mempunyai bar coklat yang dikenali coklat susu gelap. Jenis coklat ini banyak ditemui dalam industri kraf coklat dan merupakan campuran coklat gelap antara susu.

Ia sering ditemui dalam industri ini kerana ramai pembuat coklat kraf suka menggunakan satu atau dua bahan sahaja. Tambahan lagi, cara ini juga dapat mengekalkan ketulenan coklat tanpa ‘bertopengkan’ bahan lain.

Oleh itu, coklat susu gelap tidak menggunakan gula. Manisan ini juga sesuai untuk orang yang tidak sukakan kandungan coklat yang tinggi.

Coklat susu gelap mengandungi peratusan koko yang lebih tinggi daripada coklat susu asli. Hal ini kerana ia mengandungi 45 peratus hingga 65 peratus bahan koko di dalamnya.

Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Beza Jenis Coklat
Gambar: ERNESTO BENAVIDES/AFP

Berbeza dengan coklat susu, coklat ini tidak menggunakan bahan susu di dalamnya. Sebaliknya ia lebih tertumpu kepada gula, serbuk koko dan mentega koko.

Coklat gelap merupakan coklat asli daripada ketiga-tiga jenis ini. Hal ini kerana ia mempunya peratusan koko sebanyak 65 peratus dan lebih tinggi.

BACA JUGA: Boleh Didengari Sehingga Di Australia, Letusan Gunung Berapi Krakatau 1883 Rekod Bunyi Letupan Terkuat Dalam Sejarah

Oleh itu, tekstur bar coklat gelap lebih kasar. Dengan campuran mentega koko ia dapat membuatkan permukaan coklat lebih licin.

Kebiasaannya, rasa coklat gelap ini bercampur dengan rasa sedikit manis dan pahit. Ia bergantung kepada peratusan kuantiti koko dan gula yang digunakan di dalam bar.

Coklat Putih 

Beza Jenis Coklat
Gambar: The Spruce Eats / Julia Hartbeck

Dari segi pembuatan coklat putih, ia berbeza dengan coklat gelap. Hal ini kerana ia tidak mengandungi serbuk koko. Coklat putih hanya menggunakan tiga bahan ini iaitu gula, mentega koko dan susu sahaja.

Ia biasanya mengandungi 30 peratus hingga 45 peratus mentega koko. Bergantung kepada cara pembuatan, coklat putih mempunyai rasa yang sangat manis.

Coklat putih biasanya tidak mempunyai aroma asli mentega koko.

Secara ringkasnya, Coklat putih ini mempunyai rasa yang lebih manis tanpa bau coklat. Lebih-lebih lagi ia mempunyai penuh manfaat nutrien dan antioksidan.

Sumber: Choc Affair, Chocolate Purveyorks

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?