Siakap Keli
ayam sering berkokok
Kredit 123RF

Kerana Sering Berkokok, Mahkamah Arahkan Lelaki Untuk Korbankan Ayam Ternakannya

Kerana Sering Berkokok, Mahkamah Arahkan Lelaki Untuk Korbankan Ayam Ternakannya

Kerana sering berkokok, sebuah mahkamah di bandar terbesar di utara Nigeria, Kano telah memberi masa sehingga Jumaat ini kepada seorang lelaki untuk membunuh ayam jantan miliknya.

Arahan itu dibuat berikutan mendapat aduan daripada seorang jirannya yang menyatakan bahawa ayam tersebut telah berkokok tanpa henti dan mengganggu waktu tidurnya.

Majistret Halima Wali mengeluarkan perintah terhadap Malam Yusus pada Selasa lalu dan mengisytiharkan ayam itu sebagai mengganggu ketenteraman kejiranan, tulis laporan prosiding.

Yusuf memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli ayam itu untuk menyambut ‘Good Friday’. Dia juga telah meminta mahkamah untuk memberikan masa sehingga perayaan sambutan Kristian sebelum memotongnya untuk jamuan keluarga.

Hakim kemudian membenarkan permohonan itu tetapi dengan amaran supaya menghalang ayam tersebut daripada berkeliaran di kawasan itu dan mengganggu penduduk.

Sembelih ayam pada Jumaat ini

Hakim juga memintanya untuk memastikan dia menyembelih ayam itu pada hari Jumaat seperti yang dijanjikan, atau berdepan hukuman daripada mahkamah.

Ia bukanlah satu kesalahan untuk membela ternakan seperti ayam dan itik di rumah di kebanyakan rakyat Nigeria. Haiwan unggas seperti itu sering diternak sebagai aset makanan untuk kegunaan semasa kecemasan kewangan.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Terdahulu, sebilangan pelancong asing telah menghantar petisyen kepada kerajaan mukim Kuta Selatan, Bali berikutan bunyi ayam berkokok setiap subuh.

Memetik Detik.com, pentadbiran daerah telah melakukan rundingan namun ia telah gagal dan ditolak.

Unit Keamanan dan Ketenteraman (Trantib) Daerah Kuta Selatan telah menerima aduan melalui petisyen 10 tetamu warga asing. Pelancong itu dikatakan telah menginap di rumah tumpangan Anumaya Bay View, Jimbaran.

Petisyen yang diajukan pada hari Khamis, 2 Mac lalu itu dibuat kerana bunyi ayam berkokok telah mengganggu ketenteraman.

Ketua Seksyen Trantib Daerah Kuta Selatan, Kadek Agus Alit Juwita berkata, kejadian bermula apabila seorang warga Rusia membantah ayam berkokok di tempat kediamannya. Warga Rusia itu membantah kerana merasakan bunyi tersebut bising.

Anumaya Bay View merupakan rumah tumpangan yang sudah lama wujud di kawasan Jimbaran. Biarpun perkara itu melucukan, Alit Juwita mengakui pernah cuba untuk berbincang berkenaan hasrat tetamu dengan pemilik ayam tersebut.

Sumber: News24

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka