Siakap Keli
faraid ibu meninggal dunia
Gambar: Nazmi Kamis

Faraid: Ibu Meninggal Dunia, Meninggalkan Anak Lelaki & Ayah, Siapa Lebih Layak? Ini Jawab Peguam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Faraid: Ibu Meninggal Dunia, Meninggalkan Anak Lelaki & Ayah, Siapa Lebih Layak? Ini Jawab Peguam

Apabila berlaku kematian, perkara penting yang perlu dilaksanakan adalah pembahagian dan pengurusan harta mengikut kaedah, undang-undang dan hukum syarak yang telah ditetapkan.

Setiap adik-beradik dan keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembahagian harta, kerana salah seorang mereka berhak ke atas harta si mati dan juga berkelayakan untuk menjadi waris.

Terdapat beberapa persoalan timbul yang melibatkan pembahagian harta apabila si mati meninggalkan waris yang ramai.

Dalam satu perkongsian video, peguam syarie dan perunding pewarisan harta dan pusaka, Muhammad Nazmi Kamis menerangkan mengenai perkara itu di laman TikTok dan  Facebook miliknya.

Kredit: FB Muhammad Nazmi Kamis

Seorang warga maya bertanya kepada beliau berkenaan dengan pembahagian harta si mati iaitu ibu, meninggalkan anak lelaki tunggal dan ayahnya masih lagi hidup.

“Bagaimana kalau ibu meninggal ada anak lelaki tunggal dan ayah si ibu masih hidup, siapa yang lagi layak?” tanya warga maya itu kepada Nazmi.

Menurutnya, untuk pembahagian harta orang ramai mestilah sering merujuk kepada senarai waris supaya tidak keliru dengan keadaan tersebut.

“Kalau ikutkan di dalam senarai waris, terdapat enam waris utama yang akan mewarisi dalam masa yang sama dan tidak akan terhalang antara satu sama lain,” katanya.

Antaranya enam orang tersebut ialah ibu, bapa, suami, isteri, anak lelaki dan perempuan.

Jelasnya, dalam kejadian ini, anak lelaki dan juga ayah si mati akan mewarisi harta mengikut bahagian yang ditentukan.

“Dalam kes ini, anak lelaki akan dapat bahagian, ayah pun akan dapat bahagian.

“Ayah akan dapat 1/6 bahagian dan anak lelaki akan dapat asabah iaitu 5/6 bahagian, baki setelah diberi kepada ayah si mati,” tambahnya.

BACA: Harta Si Mati Tak Boleh Difaraidkan Sebelum Waris Tunaikan Badal Haji? Ini Penjelasan Mufti

Maksud waris Asabah

Kredit: efaraid

Asabah dalam konteks ini adalah waris yang tidak dinyatakan bahagian mereka.

Dalam kejadian itu, anak lelaki tunggal itu mempunyai pertalian yang kuat dengan si mati oleh kerana dia merupakan ibu kandungnya.

Sekiranya tiada waris Ashab al-furud, waris Asabah ini akan menerima semua harta pusaka si mati.

Kadangkala mendapat sebahagian baki harta tersebut.

Ayah si mati merupakan waris Ashab al-furud dan anak lelaki tunggal itu adalah waris Asabah. Oleh itu, ayah si mati akan menerima 1/6 daripada harta si mati.

Anak lelaki itu hanya mendapat lebihan harta selepas dibahagikan kepada waris Ashab al-furud.

Tonton video penuh beliau di bawah:

@nazmikamis

Replying to @baizura ayah dapat 1/6 baki akan dapat kepada anak lelaki iaitu 5/6. Semoga bermanfaat. #faraidh #pusaka #tiktokguru #learnontiktok #peguampusaka

♬ original sound – NKAwesomeShop – NKAwesomeShop

Sumber: Muhammad Nazmi Khamis/Facebook, eFaraid

BACA JUGA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana