Siakap Keli
sambut kepulangan bapa
Gambar: hudaamy92

“Akhirnya Raya Dengan Abah,” Wanita Sebak Sambut Kepulangan Bapa Lepas 13 Tahun Dipenjara

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Akhirnya Raya Dengan Abah,” Wanita Sebak Sambut Kepulangan Bapa Lepas 13 Tahun Dipenjara

Setiap kali perayaan menjelma saat yang paling manis adalah meraikan bersama keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi sanak-saudara yang telah lama tidak pulang ke kampung halaman.

Namun dalam kegembiraan, pastinya terselit insan yang mengisi sambutan lebaran dengan linangan air mata.

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok yang menunjukkan pertemuan seorang ayah bersama anak dan ahli keluarganya yang telah terpisah sejak sekian lama.

Anak Sambut Kepulangan Ayah

Menerusi perkongsian oleh wanita yang dikenali Huda @hudaamy92, dia bersama keluarganya telah hadir ke Penjara Kajang bagi menjemput ayahnya.

BACA JUGA: Tiga Tahun Tahan Rindu, Lelaki Menyamar Jadi “Runner” Buat Kejutan Untuk Mak Ayah

Difahamkan, ayahnya tidak bersama dengan mereka selama 13 tahun kerana berada di dalam penjara tersebut.

“Selama 13 tahun raya tanpa abah. Akhirnya tahun 2023 raya dengan abah,” tulis kapsyen video berkenaan.

Dalam video berdurasi 45 saat itu, Huda dilhat tidak dapat menahan sebak melihat cinta pertamanya berjalan keluar ke arahnya. Dia yang mengenakan jubah berwarna hitam memeluk erat ayahnya yang berbaju serba putih.

Momen bahagian itu turut dikongsikan bersama ahli keluarga lain yang turut sama berada di lokasi itu.

Sambut kepulangan bapa

@hudaamy92

Tahun ke lima raya tanpa ibu 😭 selama 13tahun raya tanpa abah..akhirnya tahun 2023 raya dengan abah..ibu dah tinggal kan kami 5 tahun hati abah sedih sebab keluar2 ibu dh tak ada ibu tunggu di syurga 😭..semoga kami sekeluarga bahagia bersama selama nya walaupun xsempurna tapi ibu masih tetap di hati kami semua 😭😭#VideoPerjalanan #fyp #foryourpage #kisahdiriku

♬ original sound – hudaamy92 – hudaamy92

Jelas Huda lagi, ayah merupakan satu-satunya tempat mereka mengadu selepas ibunya meninggal dunia lima tahun lalu.

“Tahun kelima raya tanpa ibu. Ibu dah tinggalkan kami 5 tahun,” katanya.

Lebih menyentuh hati, ayahnya tidak sempat bertemu dengan ibuya selepas keluar dari penjara itu.

“Hati abah sedih sebab keluar-keluar ibu dah tak ada, ibu tunggu di syurga,” katanya.

Dia mendoakan keluarganya sentiasa bersama dalam apa jua keadaan walaupun tidak lengkap.

“Semoga kami sekeluarga bahagia bersama selamanya walaupun  tak sempurna tapi ibu masih tetap di hati kami semua,” tulis Huda di TikTok.

“Siapa potong bawang..” – Netizen

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan rasa sebak melihat pertemuan keluarga tersebut.

Kebanyakan pengguna mendoakan kebahagian keluarga itu. Tambahan lagi, sebahagian pengguna menyifatkan dirinya seorang wanita yang sabar dan cekal dalam menghadapi ujian.

Anak Sambut Ayah

Anak Sambut Ayah

Anak Sambut Ayah

Sehingga kini, video yang dimuat naik di platform tersebut telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan dan lebih 72,000 tanda “Suka” serta lebih 4,000 komen.

Sumber: TikTok @hudaamy92

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?