Siakap Keli
robot vacuum

“Tak Baloi Beli,” 5 Perkara Tak Best Pada Robot Vacuum Buat Ramai Menyesal

Bila dah melangkah masuk ke tahun 2023 ni, sudah semestinya ramai yang dah beralih arah daripada melakukan kerja secara tradisional kepada melakukan kerja dengan mudah dan menjimatkan masa kan. Tak kisah la daripada aspek apa pun. Sama ada nak membuat kerja di pejabat ke, bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain ke, atau membersihkan rumah.

Bercakap tentang membersihkan rumah, mesti ramai yang dah ada robot vacuum kan dalam rumah masing-masing. Mana taknya, dengan adanya robot vacuum ni, senang la nak jadikan rumah bersih dan berseri-seri. Peranti ni pun dah banyak ditawarkan dengan harga yang sangat murah sekarang ni. Kalau pandai cari, ada yang harganya sehingga bawah RM50 pun ada tau.

Namun begitu, dalam banyak kelebihan menggunakan peranti sebegini. Ramai juga yang mengeluh dengan pelbagai masalah yang mereka harus hadapi apabila mereka menggunakan perkhidmatan robot vacuum ni sendiri. Dah jadi satu hal serius pulak kan bila jadi macam tu.

Oleh itu, artikel kali ni akan bantu korang buat keputusan dengan berkongsi 5 masalah tipikal yang dihadapi sebahagian pengguna bila menggunakan robot vacuum. Jadi korang bolehla fikirkan dulu sebelum buat pembelian supaya tak menyesal.

1) Bateri tak tahan lama

Ada sesetengah robot vacuum yang dijual di pasaran, sangat kuat menggunakan bateri. Jadinya, korang kena sentiasa charge peranti ni setiap kali nak guna. Kadang-kadang tu, ada yang tak siap lagi pun membersihkan rumah, dah habis bateri. Lagi lah guna banyak masa. Kerja pun jadi tergendala.

2) Tak sedut kuat

Sedutan yang kuat adalah semestinya salah satu kualiti yang paling korang cari-cari kan bila nak beli vacuum. Yelah, sia-sia la beli peranti sebegitu kalau akhirnya nanti kita yang kena sapu balik seluruh kawasan tu secara manual. Sangat tak menjimatkan masa dan tenaga betul. Jadi bila nak beli robot vacuum, pastikan kuasa sedutan sekurang-kurangnya 6,000 Pa tau. 

3) Habuk/rambut tersekat pada brush

Bila dah sedutan tak kuat tu, kebanyakan sampah yang nak disedut oleh robot vacuum ni hanya akan tersangkut pada brush tu je. Sebagai contoh, barang-barang ringan seperti habuk atau pun rambut. Apabila masalah seperti itu terjadi, kerja hanya akan bertambah untuk korang kerana perlu membersihkan pulak brush kat peranti dan kena sapu semula kawasan tu.

4) Kena selalu angkat, asyik tersangkut

Rumah-rumah kat Malaysia ni mestilah selalunya dihias lawa dengan pelbagai jenis perabot, karpet dan sebagainya kan. Oleh itu, robot vacuum yang tak berkualiti mesti akan mengalami masalah seperti selalu tersangkut dan akhirnya akan membantutkan kerja untuk membersihkan mana-mana kawasan. Bertambah penat korang asyik nak kena selalu angkat ada lah. Sambil vakum nak kena pantau, macam takde fungsilah kan ada robot?

5) Tak bersihkan secara menyeluruh, hanya fokus satu tempat

Ada sesetengah robot vacuum yang biasa akan pusing-pusing pada tempat yang sama je sebab ia tak ada fungsi mapping. Jadi korang akan tengok hanya kawasan tertentu je yang divakum sementara tempat lain masih berhabuk.

Dahlah penat balik kerja, sakit pula mata bila tengok rumah tak terurus. Ingatkan bila ada robot rumah boleh bersih, tapi macam tak ada beza pulak. Kan best kalau ada robot yang boleh dikawal dari jauh macam tempat kerja?

Roborock S8 Pro Ultra Jadi Penyelamat

Bila terjadinya masalah-masalah macam ni, memang rasa sangat tak berbaloi lah kan nak beli robot vacuum ni. Tapi kan korang, jangan pukul sama rata untuk semuanya. Sebab ada jenama yang tawarkan peranti sebegini yang dijamin boleh mengatasi semua masalah di atas. Untuk korang yang nak tau, robot yang dimaksudkan adalah Roborock S8 Pro Ultra.

Haa, dengar namanya pon dah kedengaran maju kan korang. Lepas dah dapat tau dia punya kebaikan, mesti korang akan lagi tertarik nak beli Roborock S8 Pro Ultra ni. Antaranya ialah:

1) Rockdock Ultra 

Dengan adanya Sistem RockDock Ultra ni, korang tak perlu susah-susah lagi basuh mop atau kosongkan tangki. Rockdock ni sendiri akan cuci mop, bersihkan tangki dan isi semula secara automatik tau. Siap ada ciri pengeringan udara hangat untuk keringkan alas mop, jadi takdelah mop korang berbau masam & berkulat.

2) Pengelakan Halangan 3D Reaktif & PreciSense LiDAR Navigation

Dengan teknologi pengimejan cahaya dan inframerah berstruktur 3D, robot ni melalui sistem Pengelakan Halangan 3D Reaktif akan mengenal pasti dan mengelakkan halangan pada lantai tak kira dalam kawasan cerah atau gelap. 

Dan sistem PreciSense LiDAR Navigation pula akan mengimbas dan ingat ‘layout’ rumah korang secara terperinci, jadi takdelah terlanggar perabot setiap kali nak buat pembersihan.

3) Berus Terapung Berbilang Arah DuoRoller 

Teknologi Berus Terapung Berbilang Arah DuoRoller ni membolehkan pembersihan yang lebih mendalam, meningkatkan penyedutan dan mengurangkan pengumpulan rambut kusut pada berus. Jadi korang tak perlula tarik rambut pada berus secara manual lagi.

4) Penyedutan Ekstrem 6,000Pa HyperForce Dipertingkat 

Penyedutan HyperForce telah dipertingkatkan kepada 6,000Pa, kuasa sedutan robot vacuum ni boleh mencapai lebih dalam dan menangkap serpihan/habuk dari lantai keras atau karpet tebal rumah korang.

5) Sistem Mop VibraRise 2.0

Untuk yang tak tahu, Roborock S8 Pro Ultra ni bukan sekadar mop biasa tau. Ia ada sistem Mop VibraRise 2.0 yang boleh bergetar pada frekuensi 3000 kali seminit untuk menggosok dengan lebih baik sambil menggunakan tekanan 6N. Ada dua modul getaran, memberikan kecekapan yang lebih baik berbanding dengan sistem mop asal. Mop robot ni juga akan terangkat sehingga 5mm apabila tak digunakan, jadi tak la basah karpet korang.

6) Pengecasan Masa Luar Puncak

Kat rumah kita biasanya ada masa yang paling banyak kegunaan elektrik contohnya bila waktu malam. Tapi dengan kemampuan pengecasan luar waktu puncak, Roborock S8 Pro Ultra ni akan membantu menjimatkan penggunaan elektrik di rumah korang. Jadi tak perlu risau bil melambung lepas ada robot ni.

Bila dah ada Roborock S8 Pro Ultra ni barulah korang semua akan dapat puas hati dengan pembelian korang tau. Tak perlu buat kerja dah, biar dia je yang buatkan semua. Barulah kita cukup rehat, tambah-tambah nak raya ni boleh lah tolong kita mengemas rumah kan.

Jadi, tidak semua robot vacuum yang dijual mempunyai masalah, ada yang sangat-sangat membantu kita sebenarnya. Untuk lebih berbaloi dan mendapatkan pembersihan yang sangat efektif, boleh cuba Roborock S8 Pro Ultra. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh je layari laman web produk-produk Roborock ni. Bagi sesiapa yang dah memang berminat nak membeli, korang boleh dapatkannya sekarang dengan harga hanya MYR5,599.00 sahaja. Lebih mudah, beli je daripada Shoppe dan juga Lazada.

Nor Fakhry