Lelaki Teruja Timang ‘Puteri’, Anak Perempuan Pertama Keluarganya Selepas 138 Tahun
Sepasang suami isteri mendapat khabar gembira selepas bayi perempuan mereka selamat dilahirkan 17 Mac lalu, di Michigan, Amerika Syarikat.
Lebih manis, kelahiran bayi bertuah itu memecahkan tradisi keluarga yang hanya menimang cahaya mata lelaki selama 138 tahun.
Menurut laporan Indian Expess, keluarga sebelah lelaki difahamkan tidak pernah menimang cahaya mata perempuan dalam salahsilah keluarga mereka sejak 1885.
Rahsia keluarga, anak perempuan pertama selepas 138 tahun
Berita itu nyata menyejutkan si ibu, Carolyn Clark selepas diberitahu pasangannya berkenaan ‘rahsia’ besar keluarganya.
”Saya bertanya kepada mertua saya untuk mendapatkan pengesahan, dan mereka berkata ”Oh ya, betul. Keluarga kami tidak pernah menimang cahaya mata perempuan secara langsung.
”Suami saya memebritahu dia ada bapa saudara dan sepupu yang mendapat anak perempuan, tetapi dalam jalur keturunan mereka secara langsung, memang tiada,” kata Carolyn.
Pada awal perkahwinan, mereka merasakan trend itu akan berterusan kerana mereka menimang anak lelaki sebagai cahaya mata pertama.
Kemudian, pada tahun 2022 Carolyn sekali lagi hamil dan hasil pemeriksaan mendapati zuriat berkenaan adalah bayi perempuan. Berita berkenaan nyata amat menggembirakan mereka sekeluarga.
Anak perempuan pecah tradisi keluarga
Bagaimanapun, pernah mengalami keguguran dua kali, keluarga itu mengambil keputusan untuk memberi tumpuan penuh kepada kehamilan itu dan kesihatan bayi.
Pasangan tersebut mengadakan majlis mendedahkan jantina bayi mereka pada September tahun lepas. Apabila ahli keluarga terdekat menggigit biskut dan menemui icing merah jambu di dalamnya, semua orang menjadi terlalu gembira dan melompat girang seakan tidak percaya.
Anak perempuan pasangan tersebut, Audrey Marie Clark dilahirkan 17 Mac lepas dan sekaligus menjadi pemecah kepada tradisi timang cahaya mata lelaki keluarga tersebut. Pasangan itu berkata mereka sangat gembira kerana bayi perempuan mereka kini berada dalam keadaan sihat walafiat.
BACA: Budak 10 Tahun Cipta Rekod Dunia, Timang Bola 8,147 Kali Dalam Sejam
BACA: Terasa Bahang, Cuaca Panas Di Jeli Dijangka Cecah Sehingga 40 Darjah Celcius
BACA: Saintis Temui Fenomena Seakan Lantai Laut ‘Bocor’, Keluar Air Seperti Paip
Sumber: INDIAN EXPRESS