Siakap Keli
Lebuh raya Karak Sesak
Kredit: Gambar Tular Facebook

Sesak Teruk Di Lebuhraya Karak, Dari 12 Malam Sampai 5 Pagi Masih Tersangkut

Sesak Teruk Di Lebuhraya Karak, Dari 12 Malam Sampai 5 Pagi Masih Tersangkut

GOMBAK — Menjelang tiga hari lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, aliran trafik di lebuh raya dilaporkan bertambah sesak dan turut dilaporkan berlaku kesesakan lalu lintas di lebuh raya Karak awal pagi tadi.

Hasil tinjauan di laman Facebook mendapati, kesesakan dilaporkan berlaku dari Tol Gombak hingga ke Hentian Rawat dan Rehat (RnR) Genting. Kesesakan teruk yang berlaku dipercayai disumbangkan antaranya kerja-kerja penyelengaraan jalan di beberapa kawasan.

Menurut perkongsian awam, ada yang mendakwa kesesakan yang berlaku mencecah sehingga 10 kilometer. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang dapat mengesahkan dakwaan tersebut.

Selain itu, dalam perkongsian yang berbeza pula, ada yang mendakwa terperangkap dalam kesesakan tersebut hampir lima jam.

Sehubungan itu, ada pengguna jalan yang berpendapat bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sepatutnya dijalankan lebih awal. Kata mereka, kesesakan teruk pasti berlaku jika ia dilaksanakan menjelang hari perayaan kerana pertambahan bilangan kenderaan yang menggunakan lebuhraya tersebut.

Sementara itu, sebahagian warga maya turut menyarankan kepada pengguna yang ingin melalui laluan tersebut untuk mencari laluan alternatif.

Perk0ngsian Pengguna Keadaan Lebuhraya Karak Sesak Teruk

Dalam perkongsian Nik Muhd Shafiq memaklumkan dia telah mulakan perjalanan dari 12 pagi dan sehingga hampir jam 5 pagi, jalan masih lagi sesak.

BACA JUGA: “Jangan Ikut Jalan…,” Ini 6 Tips Perjalanan Lancar Untuk Balik Kampung

“Untuk yang nak balik pantai timur. Rancang perjalanan anda. Karak Highway ada penyelenggaraan. Saya dari 12 pagi hmpir 5 pagi jem dari Tol Gombak ke RnR Genting Sempah. Ramai yang sangkut tak sempat sahur pagi tadi.

“Risau kereta breakdown atau habis petrol. Masa post ni kat rnr baru refresh untuk sambung drive,” katanya.

Mustaqim Abdul Rahman turut berkata waktu yang kurang sesuai untuk menggunakan lebuh raya Karak kerana sedang dalam kerja baik pulih.

“Waktu yang tidak tepat. Lebuh raya Karak dalam penyelenggaraan. Elakkan untuk waktu sekarang.

“Alternatif. Guna jalan lama melalui UIA kemudian keluar selepas terowong,” tulisnya dalam satu hantaran.

Lebih menyentuh hati, umat Islam yang berpuasa di bulan mulia turut dilaporkan tidak sempat untuk bersahur susulan tersekat dalam kesesakan lalu lintas itu.

“Kemas kini terbaru karak highway. Sebelum jembatan timbang jpj. Tolonglah berhenti repair jalan pada masa ini. Waktu rakyat nak balik kampung. Ya Allah tolonglah kami,” tulis Hairi Abd di Facebook.

@hanislydia

#fyp#jemkarakhighway #fyppppppppppppppppppppppp #eskblmrayalglaaaaaa🌙🌙🌙🌙

♬ Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim

@mr_jojo86

Kalu bulehh elokk masuk karak highway..jemm terukkk woii..ambo trun kul 4 pagi lagi..xthu lahh sapa masa mne kg nihh..time gini lahh dio nk bekki jalan pun..batokk molep..😩😩

♬ original sound – joe_86 – joe_86

@vtg_km

rancang perjalanan anda. #highwaykarakjemteruk #balikraya2023 #jalanpantaitimur🚚💨

♬ Sentuhan Kecundang – Ekamatra

@nqque

KL-Kuantan 😩 Jem terukkk #karak #jemkarak #balikkampung #jemteruk #gombak #bentong #karakhighway #highwaypantaitimur #balikraya #raya2023

♬ Balik Kampung – Dato’ Sudirman

@mf6157

paduuu jem #highwaykarak

♬ Balik Kampung – Dato’ Sudirman

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk membuatkan semakan terlebih dahulu keadaan semasa lebuh raya sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Aliran Trafik Di Gua Musang Sesak

Sebelum ini, jalan utama Gua Musang menghala ke Kuala Lipis dilaporkan mulai sesak berikutan penutupan jalan, lapor Bernama.

Difahamkan, kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C yang sedang dijalankan di jalan berkenaan.

Penutupan jalan utama turut membawa kepada kesesakan yang luar biasa sepanjang lebih 15 kilometer (km) bermula dari depan Petronas Persiaran Raya Gua Musang hingga bulatan Tanah Putih.

Sumber: Gambar Tular Facebook

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?