Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nelayan Dikhuatiri Hilang Di Perairan Kukup
JOHOR BAHRU, 19 April (Bernama) — Seorang nelayan dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Kukup di Pontian, sejak pagi semalam.
Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kehilangan Mohd Hairuldin Khalid, 36, kira-kira 7.39 malam tadi.
Beliau berkata sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ dan pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan Keluaran Operasi bertindak membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di laluan darat dari jeti air masin ke kampung nelayan pada jarak 500 meter.
“Bagaimanapun, SAR dihentikan sementara pada 10.24 pagi tadi atas beberapa faktor berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga mangsa, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
atanya, pada masa sama PDRM meminta semua agensi yang terlibat berada dalam mod bersedia sekiranya terdapat sebarang petunjuk untuk menjalankan operasi.
BACA: Dilapor Hilang Lebih 16 Tahun Lalu, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Kolam
Sebelum ini, media melaporkan seorang anggota tentera berpangkat Koperal yang dilaporkan hilang di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum dekat Gerik, ditemui meninggal dunia, lapor Sinar Harian.
Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditamatkan susulan penemuan mayat anggota tersebut.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menemui mayat mangsa yang berusia 33 tahun sekitar jam 10.15.
“Sudah jumpa. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh Sinar Harian.
Sementara itu, menurut laporan media, mangsa merupakan anggota tentera dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Bentong, Pahang.
Beliau telah dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum.
Anggota Tentera Berpangkat Koperal Hilang
Difahamkan, lima rakan setugasnya hanya menyedari kehilangan mangsa kira-kira pada jam 5 petang di kawasan bertugas.
Terdahulu, Bernama juga melaporkan seorang anggota tentera dipercayai hilang ketika menjalankan tugas operasi di lokasi berkenaan.
Sumber: BERNAMA