Siakap Keli
isteri jinakkan buaya
Kredit TikTok

Lelaki Kongsi Aksi Tenang Isteri Arah, Jinakkan Buaya

Lelaki Kongsi Aksi Tenang Isteri Arah, Jinakkan Buaya

Buaya adalah antara haiwan pemangsa yang amat digeruni di atas muka bumi ini.

Mana tidaknya, haiwan ini merupakan haiwan reptilia yang sangat handal menghendap untuk menerkam mangsanya. Buaya kebiasaannya akan menghendap mangsanya sebelum bertindak untuk menyerang dengan agresif.

Ramai orang yang berasa gerun dengan kehadiran haiwan ini terutamanya di kawasan perairan yang tenang.

Meskipun ramai yang gerun dengan kelibat buaya, namun lain pula kisahnya dengan wanita ini.

Bekerja sebagai penjinak buaya di Zoo Negara, wanita ini kelihatan tidak gentar apabila berhadapan dengan haiwan pemangsa yang ganas bernama buaya.

Video yang dikongsi oleh seorang lelaki yang dipercayai suami kepada wanita itu memperlihatkan wanita tersebut dengan tenang cuba menjinakkan haiwan yang ganas berkenaan.

Berdasarkan perkongsian video itu, dapat dilihat wanita itu dengan tenang mengawal buaya besar yang berada di dalam kolam haiwan tersebut.

Kredit TikTok

Buaya itu juga dapat dilihat seperti memahami dengan segala arahan yang diberikan wanita itu kepadanya yang berada di dalam kolam.

Kredit TikTok

Bukan sahaja seekor, malah terdapat seekor lagi buaya yang dapat dilihat menerusi video perkongsian tersebut. Seekor lagi buaya dapat dilihat terbaring tenang di atas darat bersebelahan dengan wanita tersebut.

Kredit TikTok

Melihat kepada saiz buaya itu, ia sangat besar dan tidak semua akan berani untuk berhadapan dengan haiwan tersebut.

Buaya pun dia arah macam tu je

“Buaya pun dia arah macam tu je geng. Lepasni kalau tak nampak dah content dekat tiktok ni maknanya aku ada buat salah besar la tu,” tulis muat naik video lelaki berkenaan secara bergurau.

Namun pujian harus diberi kepada wanita itu kerana berjaya melakukan pekerjaannya dengan berani.

BACA: Seram, Ini Rupanya Bunyi Buaya Jantan Cuba β€˜Ayat’ Buaya Betina Untuk Mengawan

Muat naik video itu juga telah mendapat komen pelbagai dari pengguna media sosial berkenaan. Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Aduhai.. Kita pulak yang seram tengok dia duduk dalam kandang buaya.. Rilex gitu je duduk nyembang dengan buaya,” tulis seorang netizen apabila melihat aksi itu.

“Aku risau dia berborak2 dengan buaya tu,” tulis seorang lagi netizen.

“Ijazah akak ni mesti mahal.. setakat buaya dalam air dia boleh jinakkan..inikan buaya ada darat.. kena luku kepala,” tulis seorang netizen memuji wanita itu.

@mohdhabibullah01

Buaya pun dia arah macam tu je geng πŸ₯² lepasni kalau tak nampak dah content kat tiktok ni makna nya aku ada buat salah besar la tu 🀣 @Wawa Todak πŸ§œπŸΌβ€β™€οΈ terima kasih la sebab dah jinak kan b 🀣🀣

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Sumber: TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka