Siakap Keli
perkara tiba di bangkok
Kredit: @herzieg/TikTok

Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebaik Tiba Di Bangkok

Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebaik Tiba Di Bangkok

Adalah menjadi idaman buat individu untuk melancong menikmati keindahan alam dan budaya di negara selain Malaysia. 

Tidak kira sama ada di negara barat, asia dan sebagainya, apabila ia melibatkan budaya masyarakat lain, perkara tersebut menjadi hal yang paling menarik.

Hal ini kerana, mempelajari sejarah dan budaya masyarakat atau etnik lain sedikit sebanyak membuka minda mengenai corak pemerintahan serta latar belakang sesebuah negara.

Melancong akan menjadi lebih bermakna apabila individu mengambil masa untuk mempelajari bahasa negara tersebut kerana boleh merasai pengalaman berkomunikasi dengan penduduk di situ.

Cara sebut lapangan terbang Bangkok

Pengguna TikTok Haziq Halim (@herzieg) berkongsi kepada umum cara yang perlu dilakukan oleh seseorang sekiranya ingin melawat negara jiran, iaitu Thailand.

Haziq membuat perkongsian tersebut selepas seorang pengguna TikTok berkata dia akan mempelajari bahasa Thailand kerana tidak lama lagi akan melancong ke negara itu.

Haziq yang menguasai pelbagai bahasa mengambil peluang mengajar cara untuk menyebut perkataan biasa yang perlu dikuasai oleh warga maya.

Ujarnya, antara perkara yang asas yang perlu dikuasai ialah cara untuk menyebut nama lapangan terbang negara tersebut.

“Jika anda melancong ke Bangkok, sebagai contoh, anda perlu sekurang-kurangnya tahu cara untuk menyebut nama lapangan terbang.

“Anda telah tiba di lapangan terbang dan semasa memegang pasport (pat-se phawt), anda melihat nama lapangan terbang yang ditulis Survanabhumi,” katanya.

Buat pelancong, pastinya mereka akan menyebut nama lapangan terbang itu sebagai Sur-vana-bhumi, seperti yang tertulis.

Namun tahukah anda cara sebutannya adalah berlainan dengan abjad yang ditunjukkan.

“Apabila anda menaiki teksi (thaek si) dan anda memberitahu pemandu, ‘tolong bawa saya ke lapangan terbang Survanabhumi (Sur-vana-bhumi)’.

“Terdapat kemungkinan tiada siapa yang akan memahami anda,” tambahnya.

Membawa maksud ‘golden land’

Dalam video tersebut, Haziq turut menjelaskan perkataan Survanabhumi membawa maksud golden land (tanah emas) daripada bahasa Sanskrit.

Disebabkan itu, cara sebutannya adalah berlainan dan tidak mengikut abjad huruf malah ia disebut mengikut slang bahasa mereka.

Kredit: @herzieg/TikTok

Untuk itu, cara menyebut lapangan terbang Bangkok ialah Survanabhumi (Su wan-a phum).

“Dalam bahasa Sanskrit, ia adalah svarga bhumi tetapi penduduk Thailand hanya menyebut svar bhum.

“V menjadi W dan R menjadi N, jadinya ia disebut sebagai su wan bhum (phum). Su wan-a phum,” ujarnya.

@herzieg

Replying to @hi_kak_long VIDEO CORRECTION (Apologies🙏): SAWAN = Heaven (Svarga/Syurga) SUWAN = Gold SUWANAPHŪM =Gold Land/Earth #Thai #Malay #English #Singlish #Language #suvarnabhumi #suvarnabhumiairport #thailand #Singapore #learnthai #tiktoksg🇸🇬 #tiktokthailand

♬ original sound – Haziq Halim | Language ❤️er – Haziq Halim | Languages

Sumber: @herzieg/TikTok

BACA: Elak Kereta Rosak, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum, Ketika & Selepas Banjir

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana