Siakap Keli
Annuar Musa pas
Kredit BERNAMA

Annuar Musa Dah Isi Borang Pas – Takiyuddin

Annuar Musa Dah Isi Borang Pas – Takiyuddin

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa adalah antara 10 nama daripada bekas pimpinan UMNO yang telah mengisi borang untuk menyertai parti Pas, lapor Astro Awani.

Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin turut ditawarkan dengan tawaran istimewa oleh Presiden Bersatu untuk menyertai parti tersebut.

Menurut Takiyuddin, senarai nama keahlian tokoh-tokoh politik berkenaan dijangka akan diumumkan pada hujung bulan ini.

“Saya mengesahkan borang permohonan beberapa tokoh besar itu telah siap, kita tunggu masa untuk membuat pengumuman sahaja. Insya-Allah akhir bulan ini.

“Saya boleh mengesahkan Tan Sri Annuar Musa sudah isi borang untuk menyertai Pas, dan kita akan buat pengumuman dalam waktu terdekat dan bersama rakan-rakan lain dalam UMNO,” katanya.

Pengesahan itu dibuat Takiyuddin oleh pemberita di Majlis Sambutan Hari Raya pada hari ini.

Tempat akan dipertimbangkan kepada bekas pimpinan UMNO

Tambah Takiyuddin lagi, pihaknya akan mempertimbangkan untuk memberikan tempat kepada kesemua bekas pimpinan UMNO terbabit. Terutamanya jika mereka berhasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ditanya mengenai isu kalimah Allah, katanya selaku ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional, PN akan membawa usul berkenaan di persidangan Parlimen akan datang.

Menurutnya, isu berkenaan bukan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan ia sepatutnya dibawakan ke Mahkamah Syariah.

Pas dan PN sangat terkejut berkenaan isu tersebut dan berpandangan bahawa tindakan menarik rayuan oleh Kerajaan Perpaduan adalah tidak wajar.

Terdahulu, KDN dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain iaitu ‘Baitulla’, ‘Kaabah’ dan Solat boleh digunakan penganut agama Kristian dalam penerbitan bahan agama tersebut bagi tujuan pendidikan.

BACA: PRN: Calon PN Di Kelantan, Terengganu Guna Logo PAS – Muhyiddin

Keputusan Mahkamah Tinggi itu telah dibuat pada 10 Mac 2021 yang lalu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian.

Jill Ireland Lawrence Bill telah memohon untuk penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Pada 18 April lalu, notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman telah difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka