Siakap Keli
kucing jilat tikus
Gambar: TikTok Wulan Ayu S

Jarang Berlaku, Ramai Terhibur Tengok Kucing Jilat Tikus Macam Anak Sendiri

Jarang Berlaku, Ramai Terhibur Tengok Kucing Jilat Tikus Macam Anak Sendiri

Kucing merupakan salah satu haiwan yang mempunyai naluri untuk berburu. Mereka akan memburu haiwan-haiwan kecil seperti tikus, burung, lipas, serangga, kupu-kupu dan banyak lagi.

Kebiasaannya, si bulus ini akan aktif berburu pada waktu petang untuk mencari ‘mangsanya’.

Si comel akan membawa mangsanya pulang ke rumah kerana mengganggap itu adalah sebagai hadiah kasih sayang daripadanya untuk diberikan kepada tuannya.

BACA: Guna Lima Bahan Je, Ini Cara Nak Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju Putih

Biasanya, kucing akan menangkap dan memakan tikus yang berkeliaran di depan mata mereka.

Kucing jilat tikus macam anak sendiri

Bagaimanapun, berbeza pula dengan perkongsian video yang  dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @Wulan Ayu S yang telah menghiburkan warganet apabila seekor kucing hitam dilihat sedang asyik menjilat badan seekor tikus.

“Dipikir anaknya” tulis pemilik video itu.

Seperti yang kita semua tahu, tikus merupakan seteru utama kucing sejak azali. Jadi, sangat rare untuk melihat situasi seperti itu berlaku.

Tikus itu juga dilihat duduk dengan sangat santai dan tidak merasa takut dengan kehadiran kucing terbabit. Bagaikan sudah berkawan baik.

Sehingga hari ini, video yang dimuat naik itu telah meraih sebanyak 578.7 ribu tontonan dan 59.7 ribu tanda suka.

@tahong_elitte

dipikir anaknya 😂 #catlover #videolucu #kucinglucu #kucinggemoy #kucingoren #dagelan

♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa

Netizen terhibur dengan gelagat kucing

Menjengah di ruangan komen dalam video tersebut, rata-rata netizen terhibur dengan dua haiwan tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa kucing itu mungkin sudah ‘rosak’ kerana telatah yang tidak terjangka itu.

 

BACA : Raih Lebih 2 Juta Tontonan, Gadis Kongsi Cara Buat “Aircond” DIY

Netizen Menyifatkan Dua Haiwan Ini Seperti Tom And Jerry

Ramai pengguna akaun TikTok meninggalkan komen mereka di dalam video itu dan mereka menyifatkan kucing dan tikus ini sama seperti kartun Tom and Jerry.

Mereka tidak menyangka Tom and Jerry sekarang sudah menjadi kawan baik.

kucing jilat tikus

kucing jilat tikus

BACA JUGA: Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik

Sumber: Wulan Ayu S

Ezzatul Syafiqah