Siakap Keli
Adun Tambun Tulang Meninggal Dunia
Gambar: Bernama

Bekas Adun Tambun Tulang Meninggal Dunia

Bekas Adun Tambun Tulang Meninggal Dunia

KANGAR, 22 Mei (Bernama) — Bekas Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang hari ini.

Berita sedih itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim yang juga abang kepada Ismail, menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Menurut Shahidan, Ismail yang juga adik bongsu beliau meninggal dunia pada 2.45 petang tadi.

BACA JUGA: Seniman Legenda Wahid Satay Meninggal Dunia

Ismail, 63, pernah menjadi ADUN Tambun Tulang selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13) dan PRU14.

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Arau dari 2008 hingga 2013.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?