Siakap Keli
Gambar: Kapit Bus Express

“Terus Bawa Ke Kaunter,” Sikap Jujur Pemandu Bas Pulangkan Beg Penumpang Dipuji Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Terus Bawa Ke Kaunter,” Sikap Jujur Pemandu Bas Pulangkan Beg Penumpang Dipuji Ramai

Pemandu bas bertanggungjawab untuk menghantar penumpang selamat ke lokasi yang dituju. Tidak kira berapa jauh lokasi tersebut mereka perlu menghantar penumpang tepat pada masa yang ditetapkan.

Bagaimanapun, menjadi seorang pemandu bas bukanlah satu pekerjaan yang mudah kerana  kebanyakan daripada mereka terpaksa mengorbankan masa tidur serta menghadapi pelbagai perkara yang tidak terjangka.

Tambahan lagi, mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk menghantar penumpang di lokasi yang jauh dan memakan masa selama enam atau lapan jam.

Sementara itu, banyak juga kejadian yang memperlihatkan penumpang tertinggal barang di dalam bas kerana terlupa atau tidak sedar barang terjatuh.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu perkongsian mengenai seorang pemandu bas yang berusaha untuk memulangkan semula barangan milik penumpangnya.

Menerusi perkongsian di Facebook Kapit Bus Express, pemandu bas tersebut dipuji kerana bersikap jujur.

Sikap Jujur Pemandu Bas

Pemandu bas yang dikenali sebagai Dian itu menyedari beg milik penumpang yang tertinggal di tempat duduk dan membawanya ke kaunter di stesen bas.

“Penumpang ( Encik Wellington) terlupa bawa beg, tertinggal dalam bas.

“Encik Dian ( driver kami ) berjumpa beg penumpang di tempat duduk dalam bas. Selepas menjumpai beg penumpang, Encik Dian terus bawa beg itu ke kaunter dan meminta saya untuk menghubungi penumpang dengan segera,” tulis syarikat bas itu di Facebook.

Setelah itu, mereka telah menghubungi penumpang terbabit untuk penyerahan semula beg tersebut.

Gambar: Kapit Bus Express

“Selepas mendapatkan nombor penumpang daripada sistem syarikat. Saya terus hubungi penumpang untuk mendapatkan beg dia daripada kaunter tiket Sibu.

“Encik Wellington amat gembira selepas beg dipulangkan dan memuji kejujuran pemandu,” kata syarikat itu lagi.

Tambahnya lagi, pihak Kapit Bus Express sangat mementingkan sikap pekerja yang jujur dan bertanggungjawab.

“Dengan ciri-ciri ini, penumpang boleh rasa yakin terhadap syarikat kami. Ciri-ciri Encik Dan perlu dipuji,” katanya lagi.

Netizen Puji Sikap Encik Dian

Sehingga kini, kisah yang dikongsikan ini telah mendapat 43 ribu tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai orang memuji sikap Encik Dian dan menjadikan sifat yang ditonjolkan itu sebagai contoh tauladan.

 

 

 

BACA JUGA : Jarang Berlaku, Ramai Terhibur Tengok Kucing Jilat Tikus Macam Anak Sendiri

Sumber: Kapit Bus Express

Ezzatul Syafiqah