Siakap Keli
jual produk stesen minyak
Gambar: @petronasbkp/TikTok

Nak Jual Produk Sendiri Di Stesen Minyak? Ikut Cara Ini

Nak Jual Produk Sendiri Di Stesen Minyak? Ikut Cara Ini

Sebagai seorang penjual, antara perkara yang paling diperlukan ialah tempat untuk memasarkan produk selain menjualnya di kedai sendiri.

Apabila melihat produk yang dijual mendapat sambutan hangat dalam kalangan pembeli, kemungkinan pemilik akan merasakan barangan tersebut juga akan laris di kawasan lain.

Disebabkan itu, pemilihan tempat juga memainkan peranan yang besar dalam perniagaan susulan ia memberi impak positif terhadap perkembangan dan pertumbuhan sesebuah syarikat kecil.

Walau bagaimanapun, tidak mudah untuk mencari kawasan yang mempunyai kunjungan tinggi dalam harian kerana perbezaan jumlah penduduk di setiap tempat.

Pun begitu, cara mudah yang boleh dibuat oleh orang ramai ialah dengan mendaftar produk di stesen minyak, yang merupakan tempat kunjungan orang ramai.

Kemungkinan ramai yang tidak tahu mengenai cara yang diperlukan untuk memasukan produk jualan di stesen minyak, terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS).

BACA: Comelnya, Yang Lain “High 5”, Giliran Coach Rosman Semua Minta ‘Berkat’ Kat Perut

Cara masukkan barang di stesen minyak

Jadi, artikel pada kali ini lebih kepada perkongsian mengenai cara untuk mendaftar produk di stesen minyak oleh @petronasbkp di laman TikTok.

Caranya mudah sahaja, yang pertama penjual mestilah berkunjung ke stesen minyak yang diingini.

Kemudian, pergi ke kaunter dan minta borang yang berkaitan dengan pendaftaran produk IKS daripada juruwang.

Gambar: @petronasbkp/TikTok

Borang IKS mempunyai dua pilihan, yang pertama ialah barang untuk perniagaan yang menjual makanan berat.

Ia termasuk hidangan seperti nasi lemak, kuih, pencuci mulut dan sebagainya.

Yang kedua pula lebih kepada barangan kering, seperti biskut raya, keropok, kerepek dan lain-lain.

Pilih borang yang berkaitan dengan perniagaan, kemudian isi dan hantarkan kepada stesen minyak itu.

Dalam pada itu, peniaga juga mestilah menghantar sampel produk di stesen minyak sebelum menjualnya kepada umum.

Selepas selesai melakukan perkara tersebut, pihak stesen akan memberikan jawapan dan sekiranya diberikan kelulusan, penjual boleh mula menghantar produk mereka.

Pastikan produk yang dijual adalah memenuhi kriteria yang diperlukan agar dapat menarik perhatian pelanggan.

Kredit: SME

Menurut Small and Midsize Enterprise (SME), terdapat tujuh kaedah pemasaran yang perlu dititik beratkan, antaranya ialah fizikal, proses, orang, tempat, promosi, produk dan harga.

Dengan mengikuti kaedah tersebut, penjual akan mendapat maklum balas yang positif dari pelanggan selain perniagaan bertambah maju.

@petronasbkp

Ada produk nak jual di station kami? Follow step ni.. #petronaskuantan #bandarkuantanputri #petronasmalaysia #petronas #merekafounder

♬ original sound – Petronas Bandar Kuantan Puteri – Petronas Bandar Kuantan Puteri

Sumber: @petronasbkp/TikTok, SME

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana