Siakap Keli
rakam anakonda besar
Kredit Instagram via unikinfo_id

Seram, Pemancing Berjaya Rakam Anakonda Besar Sedang Berenang Lintasi Sampannya

Seram, Pemancing Berjaya Rakam Anakonda Besar Sedang Berenang Lintasi Sampannya

Ular anakonda merupakan spesies ular terbesar yang tidak berbisa boleh ditemui di atas muka bumi ini. Spesies yang paling dikenali adalah spesies anakonda hijau dan dilaporkan mampu membesar sehingga lebih daripada 5 meter dan berat lebih 90 kilogram.

Ular ini sangat terkenal sehingga banyak syarikat perfileman mengangkat tema reptilia besar itu ke dalam naskah filem di Hollywood khususnya.

Ular ini kebiasaannya dijumpai di kawasan tropika Amerika Selatan terutamanya di perairan sungai Amazon.

Penemuan ular ini sangat digeruni kerana sifatnya ganas dan boleh membunuh mangsanya serta-merta dengan cara membelitnya.

Justeru daripada itu, kelibat haiwan pemangsa ini semestinya akan menjadi perhatian kerana dapat menimbulkan rasa gerun kepada manusia.

Pada baru-baru ini, sebuah akaun Instagram bernama unikinfo_id ada berkongsikan berkenaan penemuan ular tersebut.

Perkongsian itu menunjukkan seekor ular anakonda yang tampak kekenyangan sedang berenang di tepi sampan seorang pemancing.

Berenang perlahan disisi sampan sambil dirakam oleh pemancing

Ular itu dapat dilihat berenang secara berlingkar di dalam sebuah sungai di tepi sampan dengan perut yang kembung kekenyangan selepas membaham mangsanya.

Kredit Instagram

Ular itu dipercayai cuba berenang menuju ke daratan untuk berehat bersama habuan di dalam perutnya.

Kredit Instagram
Kredit Instagram

Lokasi video itu dirakam dipercayai berlaku di sungai Amazon. Perakam yang merakam pertembungan itu dikatakan sedang memancing ikan di sungai tersebut sewaktu kejadian.

Perakam video tersebut harus dipuji kerana tenang sewaktu berdepan dengan kelibat haiwan besar itu.

Muat naik perkongsian itu turut mendapat komen reaksi pelbagai dari pengguna media sosial lainnya. Mereka turut meninggalkan komen berkenaan pertembungan tersebut.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Kalau dia dalam keadaan kenyang, Insyaallah masih selamat,” tulis seorang netizen.

“Kalau aku lah dah terkencing dalam seluar,” tulis netizen yang ketakutan.

“Anakonda sangat mudah mengesan gerakan mangsanya, jadi kalau diposisi itu usahakan jangan banyak bergerak supaya lebih mudah ditelan,” tulis seorang netizen yang sempat bergurau.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOLKMEDIA ALTERNATIVE (@unikinfo_id)

Sumber: Instagram via unikinfo_if

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka