Siakap Keli
rekod dunia rally 211 shot
Kredit: BAM

Pearly-Thinaah vs Regu Jepun, Cipta Rekod Dunia “211 Rally Shot”

Pearly-Thinaah vs Regu Jepun, Cipta Rekod Dunia “211 Rally Shot”

Rekod dunia tercipta di gelanggang badminton Perodua Malaysia Master 2023 dalam acara beregu wanita antara pasangan negara dengan wakil Jepun sebentar tadi.

Menerusi tweet Astro Arena, aksi kedua-dua pasangan itu menyaksikan sebanyak rally terpanjang sebanyak 211 pukulan terhasil. Ketika itu, pasangan negara sedang mendahalui lawan, 16-14 di set penentuan.

Rally panjang menentang Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto itu akhirnya berjaya dimenangi oleh pasangan negara apabila berjaya mendapatkan mata ke-17 mereka. Lebih manis, pasangan negara ternyata lebih unggul apabila berjaya memenangi set terakhir untuk mara ke pusingan Suku Akhir.

Menurut rekod, ini merupakan pertemuan kali pertama antara kedua-dua regu tersebut.

Rekod dunia rally terpanjang 211 shot tercipta

Dengan sokongan daripada peminat, beregu Malaysia itu berjaya memenangi perlawanan tersebut yang berlangsung selama satu jam 29 minit.

Pada awal permainan, kedua-dua pasukan menampilkan gaya permainan yang cukup sengit sehingga menyaksikan kedudukan terikat 14-14.

Walau bagaimanapun, pasangan negara yang merupakan semi-finalis pada edisi lepas tampil memperkemaskan rentak permainan. Ia sekali gus menyaksikan tidak banyak ruang diberikan kepada wakil Jepun dan set pertama, 21-17 menjadi milik Malaysia.

Pada set kedua pula, pasangan Jepun tampil lebih bertenaga dan berjaya memaksa perlawanan di heret ke set penentuan selepas memenangi set tersebut dengan mata 21-18.

Di set penentuan, kedudukan kedua-dua regu tidak dipisahkan dengan mata yang terlalu jauh, namun pasangan negara dilihat lebih berkemampuan untuk memenangi set tersebut.

Anak didik Rexy Mainaky dan Hoon Tien How itu akhirnya berjaya menghadapi cabaran yang memenatkan dengan memperoleh mata 21-19.

BACA: “Suka Hati Hampalah”, The Melvins Tak Heran Konsert Coldplay, Lagi Minat Ceramah Agama

Gandingan Pearly-Thinaah bakal bertemu bekas gandingan beregu nombor satu dunia pada keesokan hari

Pearly-Thinaah bakal berentap dengan satu lagi pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota pada perlawanan suku akhir pada keesokan hari.

Lawan mereka itu berjaya mara ke peringat suku akhir selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Lee Yu Lim-Shin Seung Chan 21-16, 21-9.

Berdasarkan rekod lima perlawanan sebelum ini, Pearly-Thinaah telah mencatatkan kemenangan sebanyak dua kali ke atas lawan asal Jepun itu.

 

BACA: Nenek 95 Tahun Meninggal Dunia, Seminggu Selepas Ditembak Dengan Pistol Perenjat Elektrik

Sumber: Astro Arena

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma