Siakap Keli
suami isteri luncur iron board
SUMBER: NTD NEWS

‘Bahagia Cara Kita’, Suami Isteri Enjoy Main Luncur Guna “Iron Board” Dalam Ribut

‘Bahagia Cara Kita’, Suami Isteri Enjoy Main Luncur Guna “Iron Board” Dalam Ribut

Pernah menjadi tular sekitar dua tahun lepas, video yang merakam detik bahagia pasangan warga emas berhibur menjadi tular semula baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, pasangan suami isteri dari United Kingdom itu dirakam sedang bergurau bermain luncur ombak di atas jalan ketika ribut.

Menariknya, pasangan itu hanya menggunakan papan seterika dan dilihat leka bergembira sesama mereka.

Video berkenaan yang tular semua kemudian mendapat pelbagai komen yang rata-rata tumpang gembira dengan hubungan yang dimiliki pasangan tersebut.

Suami isteri enjoy luncur air guna iron board

Sejak menjadi tular, video berkenaan sudah ditonton lebih jutaan kali dan mendapat ratusan ribu komen. Video tersebut juga turut dikongsi oleh pengguna Facebook lebih ratusan ribu kali.

Difahamkan, ketika itu ribut Ciara sedang melanda negara tersebut termasuklah di kawasan kejiranan pasangan itu tinggal. Ribut yang datang bersama hujan lebat itu juga menyaksikan permukaan jalan digenangi oleh air.

Malah, air juga dilapor naik di kawasan jalan di hadapan rumah pasangan berkenaan. Keadaan itu sedikit pun tidak merunsingkan pasangan tua itu malah mereka sebaliknya menikmati momen istimewa itu dalam hidup mereka dengan aksi tersebut.

Setelah memastikan kawasan jalan selamat dan tiada kenderaan, si isteri dilihat membawa keluar papan seterika dan mengajak suaminya meluncur bersama-sama.

Bagi pengguna Facebook, banyak pengajaran yang boleh diambil daripada video berkenaan. Rata-rata berpendapat, usia bukanlah penghalang untuk pasangan suami isteri saling bergembira.

Humor cara British yang terkenal

Manakala bagi  warga maya senegara dengan pasangan itu, mereka berpendapat video berkenaan menggambarkan peribadi orang British yang sebenar.

Kata mereka, orang ramai pasti terhibur dengan sifat humor yang dimiliki oleh penduduk negara itu.

BACA: Terhibur, Isteri Tengah “Nervous” Nak Konvo, Suami & Ayah Masuk Dewan Santai Tertidur

BACA: Keluarga Terkejut Dapat Tetamu Istimewa, Mufti Menk Muncul Depan Pintu Rumah

BACA: Tips Beli Kereta Terpakai, Wajib Periksa Empat Bahagian Ini

Sumber: Daily Star

Mohd Raimi Ismail

peace on earth