Siakap Keli
Terima bunga kisah sedih
Gambar: Twitter @acapbad

Terima Bunga Percuma, Rupanya Ada Kisah Sedih Tersirat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Terima Bunga Percuma, Rupanya Ada Kisah Sedih Tersirat

Keindahan dan kecantikan bunga mampu mempersonakan hati sesiapa sahaja. Ia sememangya tidak dapat dinafikan kerana setiap bunga mempunyai keunikannya yang tersendiri seperti bau, warna dan bentuk.

Kebiasaanya, bunga ibarat penyeri sesebuah acara. Waalupun, hanya dengan sekuntum bunga, ia mampu mengukir senyuman di raut wajah seseorang. Jadi, tidak hairan, mengapa bunga sentiasa menjadi pilihan orang ramai.

Sehingga kini, kita dapat melihat banyak bunga-bunga dijual dan menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pemberian bunga percuma oleh sekumpulan belia yang menimbulkan persoalan.

Perkara itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial @acapbad di Twitter semalam. Difahamkan, isterinya telah menerima sekuntum bunga daripada seorang lelaki berbaju Melayu di IPC Mutiara Damansara.

Terima Bunga, Terus Sedih Dapat Tahu Kisah  Sebenar

Pada awalnya, mereka menganggap ia satu tindakan yang “manis”. Bagaimanapun, pandangan itu berubah sekelip mata setelah mereka menyedari kisah di sebalik pemberian bunga itu.

“Hari ini, seorang lelaki berpakaian Baju Melayu menghulurkan bunga percuma di IPC Mutiara Damansara. Isteri saya turut menerima satu. Ia merupakan perkara yang cukup manis, bukan?

“Sehinggalah dia (isteri) menyedari nota di bawahnya. Ia sangat menyedihkan,” katanya..

BACA JUGA: (Video) Tular Wajahnya Dengan Kata Puitis, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebalik Wajah ‘Pasrah’ Budak Ini

Tambahnya, ia sangat memberi kesan mendalam padanya lebih-lebih baru sahaja kehilangan ayah mertua tahun lalu.

“Ia memberi kesan mendalam secara peribadi kerana isteri saya baru sahaja kehilangan ayah tercinta pada September lalu akibat kanser.

“Semoga Allah kurniakan Jannah dan rahmat kepada semua ibu dan bapa di luar sana,” tulisnya di platform berkenaan.

Terima bunga lelaki kisah
Gambar: Twitter @acapbad

Rupanya Ada Maksud Tersirat Disebalik Pemberian Bunga

Difahamkan, pemberian bunga berkenaan merupakan satu aktiviti amal yang dilakukan oleh sekumpulan belia bersempena dengan sambutan Hari Ibu baru-baru ini.

Susulan itu, pihak SK telah menghubungi seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Leah bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung aktiviti tersebut.

Menurut Leah, dia merupakan salah seorang belia yang terlibat dalam pemberian kuntum bunga itu kepada komuniti. Kerja amal itu telah dilakukannya bersama rakan-rakan selama 11 tahun bermula dari 2012 yang lalu.

“Kerja amal ini telah bermula sejak 11 tahun yang lalu, tapi terpaksa ditangguhkan dua tahun disebabkan Covid.

“Saya buat aktiviti ini secara peribadi dan disertai oleh rakan-rakan terdekat. Saya buat aktiviti ini sejak tahun 2012,” katanya.

Gambar: Twitter @acapbad 

Tambahnya, ia juga bersempena mengingati arwah ibunya yang telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap empat.

“Dulu masa arwah mak saya ada lagi, saya memang akan selalu bertukar hadiah. Saya akan buat kejutan untuk dia dengan bunga atau kad di pejabat dia.

“Jadi saya teruskan tradisi ini disebabkan dah takda mak. Jadi saya beri kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu agar mereka gembira,” ujarnya.

Sumber: Twitter @acapbad, Twitter leah_ross

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?