Siakap Keli
Gambar: Liputan6/Facebook

(Video) Tular Wajahnya Dengan Kata Puitis, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebalik Wajah ‘Pasrah’ Budak Ini

Jika anda pengguna setia media sosial, mungkin anda pernah melihat anak yang bernama Fahri Skroepp atau nama sebenarnya Muhammad Fahri Ramdani ini. Gambar kanak-kanak berusia 12 tahun ini seringkali tular dengan kata-kata puitis yang menghiburkan hati.

Di sebalik wajah yang boleh membuatkan orang ramai mengukir senyuman ini, rupanya ada kisah sedih di sebalik jalan hidupnya.

Kongsi Liputan6, Fahri yang berasal dari Bandung ini merupakan seorang murid yang tercicir dari persekolahan dipercayai kerana difitnah.

Kisah ini terungkap apabila Fahri diminta untuk membaca statusnya di Facebook dalam satu program tempatan, “Lapor Pak”.

“Enggak bisa baca. Enggak (tidak sekolah). Soalnya difitnah,” kata kanak-kanak lelaki itu.

Jelas Liputan6, Fahri telah dituduh mengambil dompet seseorang, membuatkan dia tidak mahu bersekolah lagi. Meskipun dipujuk orang tua, guru, keluarga dan rakan-rakan Fahri memutuskan untuk berhenti belajar ketika berada di peringkat sekolah rendah.

Oleh itu, status-status dimuatnaik di akaun Facebook Fahri adalah ditulis oleh abang-abangnya, tambah portal itu.

BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

Semuanya bermula apabila akaun kanak-kanak itu digodam ketika dia terlupa mendaftar keluar Facebook ketika menggunakan komputer di sebuah kafe siber, lapor Liputan6.

Lapor Liputan6, ada individu tidak bertanggungjawab yang memuatnaik kiriman yang tidak sepatutnya menggunakan nama kanak-kanak itu. Pun begitu, Fahri akhirnya dapat mengambil semula akaun itu atas bantuan abang sepupunya, Achmad Zen.

Tambah portal itu, melihat meme lucu yang tular di media sosial, Achmad Zen terinspirasi untuk memuatnaik kata-kata puitis bertema cinta di akaun Fahri.

Hal ini membuatkan wajah Fahri menjadi tular dengan kata-kata puitis yang tiada kena mengena dengan gambarnya, membuatkan orang ramai terhibur, membuatkan sebahagian netizen menggelarnya pujangga cilik.

BACA: “Tak Sabar Travel Semula”, Tiga Restoran Mesra Muslim di Tokyo Ini Akan Buatkan Anda Rasa Selamat Walau Travel Lepas COVID-19

Sumber: Liputan6

Amira

Love yourself.