Siakap Keli
zon kematian everest
Kredit: Insider

Everest: Apa Yang Terjadi Pada Badan Manusia Jika Berada Di Zon Kematian

Everest: Apa Yang Terjadi Pada Badan Manusia Jika Berada Di Zon Kematian

Tahukah anda, badan manusia dikatakan akan berfungsi paling baik apabila berada di aras laut? Ini disebabkan paras oksigen adalah mencukupi untuk otak dan paru-paru kita.

Memetik Insider, sungguhpun berada di bawah laut, namun sekiranya manusia berada pada ketinggian yang lebih tinggi, badan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Tetapi jika pendaki ingin mendaki Gunung Everest, puncak tertinggi di dunia pada ketinggian 29,029 kaki bersamaan dengan 8,848 meter atau 5.5 batu di atas paras laut, mereka perlu mengharungi apa yang dikenali sebagai ‘zon kematian’.

Kawasan dengan ketinggian melebihi 8,000 meter mempunyai sedikit oksigen sehingga badan mula menunjukkan tanda-tanda mati, minit demi minit, dan sel demi sel.

Di zon kematian, otak dan paru-paru pendaki akan kebuluran oksigen yang akan menyebabkan risiko serangan jantung.

Dalam pada itu, strok meningkat selain pertimbangan mereka menjadi terganggu dengan cepat.

Pendaki yang pernah menjejakkan kaki ke Everest mengatakan ia akan menjadi perlumbaan melawan masa antara hidup dan mati disebabkan berlakunya kekurangan oksigen dalam badan.

BACA: Pendaki Malaysia 59 Tahun Berjaya Tawan Everest, Lengkap Pendakian Tujuh Benua

“Banda anda rosak dan pada dasarnya mati,” kata seorang pendaki Everest pada 2005.

Pada 2019, sekurang-kurangnya 11 orang maut di Everest, hampir kesemuanya menghabiskan riwayat hidup di zon kematian dan ia menjadi salah satu musim paling dahsyat di Everest.

Beberapa syarikat ekspedisi menyalahkan kematian itu kerana kesesakan dengan menyatakan bahawa puncak dipenuhi dengan pendaki semasa cuaca berada dalam keadaan baik yang jarang berlaku sehingga orang ramai terperangkap di zon kematian terlalu lama.

Pada 22 Mei 2019, seramai 250 pendaki cuba untuk mencapai puncak, walau bagaimanapun media melaporkan Everest menjadi sesak susulan ramai pendaki terpaksa beratur untuk naik dan turun di tempat yang sama.

Waktu tambahan yang tidak dirancang di zon kematian ini mungkin meletakkan 11 orang yang terkorban pada risiko yang lebih tinggi, walaupun sukar untuk menentukan punca khusus setiap kematian.

‘Terasa seperti berlari di atas treadmill dan bernafas melalui penyedut minuman’

Kredit: Insider

Di paras laut, udara mengandungi kira-kira 21 peratus oksigen. Tetapi pada ketinggian melebihi 12,000 kaki, paras oksigen adalah 40 peratus lebih rendah.

Seorang doktor, Jeremy Windsor yang mendaki Everest pada 2007 sebagai sebahagian daripada Ekspedisi Caudwell Xtreme Everest memaklumkan bahawa sampel darah yang diambil daripada empat pendaki gunung di zon kematian mendedahkan bahawa pendaki itu masih hidup dengan hanya satu perempat daripada oksigen yang mereka perlukan di aras laut.

“Ini adalah setanding dengan angka yang ditemui pada pesakit yang berada di ambang kematian,” katanya.

Udara mempunyai sedikit oksigen ketika berada di lima batu di atas paras laut.

Sehinggakan dengan penambahan tangki udara, ia boleh terasa seperti berlari di atas treadmill dan bernafas melalui penyedut minuman.

Pendaki perlu menyesuaikan diri dengan kekurangan oksigen

Kekurangan oksigen mengakibatkan pelbagai risiko kesihatan.

Apabila jumlah oksigen dalam darah anda jatuh di bawah paras tertentu, kadar denyutan jantung anda melonjak sehingga 140 seminit, meningkatkan risiko serangan jantung.

Apa yang perlu dilakukan ialah pendaki perlu memberi masa kepada tubuh mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan paru-paru yang tidak terkawal sebelum mendaki Everest.

Ekspedisi biasanya melakukan sekurang-kurangnya tiga perjalanan mendaki gunung dari Kem Pangkalan Everest (yang lebih tinggi daripada hampir setiap gunung di Eropah pada 17,600 kaki).

Kemudian, lakukan beberapa pendakian ribu kaki lebih tinggi dengan setiap perjalanan berturut-turut sebelum membuat pendakian ke puncak.

Sepanjang minggu di altitud tinggi, badan mula menghasilkan lebih banyak hemoglobin (protein dalam sel darah merah yang membantu membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan) untuk mengimbangi.

Namun, terlalu banyak hemoglobin boleh memekatkan darah anda, menjadikannya lebih sukar bagi jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Keadaan itu boleh menyebabkan strok atau pengumpulan cecair di dalam paru-paru anda.

Di Everest, keadaan yang dipanggil edema pulmonari altitud tinggi (HAPE) adalah perkara biasa, pemeriksaan stetoskop pantas boleh mendedahkan bunyi klik apabila bendalir yang bocor ke dalam paru-paru berderai-derai.

Gejalan lain termasuk keletihan, rasa sesak nafas yang akan datang pada waktu malam, lemah dan batuk berterusan di mana mengeluarkan cecair putih, berair atau berbuih.

Kadang-kadang batuk sangat teruk sehingga boleh retak atau memisahkan tulang rusuk.

Perkara ini biasa dilalui oleh pendaki walaupun ketika berehat.

Otak boleh membengkak di zon kematian

Pakar altitud tinggi dan doktor Peter Hackett berkata aklimatisasi kepada altitud zon kematian tidak mungkin berlaku.

Salah satu faktor risiko terbesar yang berlaku pada ketinggian 26,000 kaki ialah hipoksia.

Termasuk kekurangan peredaran oksigen yang mencukupi ke organ seperti otak.

Jika otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi, ia boleh mula membengkak menyebabkan keadaan yang dipanggil edema serebral ketinggian tinggi (HACE).

Bengkak ini boleh mencetuskan loya, muntah dan kesukaran berfikir.

Otak yang kebuluran oksigen boleh menyebabkan pendaki lupa di mana mereka berada.

Kemudian akan memasuki fasa kecelaruan di mana sesetengah pakar anggap sebagai satu bentuk psikosis altitud tinggi.

Pendaki mengalami hipoksia akan terjejas dan mereka akan melakukan perkara aneh seperti mula menanggalkan pakaian atau berhalusinasi.

Bahanya lain mungkin termasuk insomnia, rabun salji dan muntah

Kredit: Insider

Salah seorang pendaki berkata semasa mendaki, dia mengalami batuk yang berterusan yang tidak henti-henti.

“Setiap nafas kedua atau ketiga badan anda tercungap-cungap untuk mencari udara, dan badan akan terbangun sendiri.

Udara sangat nipis sehingga pendaki tidak dapat tidur dengan lena.

Kemudian, katanya pendaki yang ada di atas akan mula berkurang disebabkan tidak boleh tidur, berlaku penurunan berat badan dan sebagainya.

Loya dan muntah akibat penyakit berkaitan ketinggian termasuk HAPE dan HACE juga menyebabkan penurunan selera makan.

Silau dari salji dan ais yang tidak berkesudahan boleh menyebabkan buta salji, kehilangan penglihatan sementara atau saluran darah pecah di mata anda.

Kehilangan peredaran darah ke jari tangan dan kaki pendaki boleh menyebabkan radang dingin, dan dalam kes yang teruk jika kulit dan tisu di bawahnya mati.

Semua kelemahan fizikal dan penglihatan terjejas ini boleh menyebabkan pendaki terjatuh secara tidak sengaja.

Sumber: Insider

BACA: Ini Sebab Kenapa Pesawat Russian Knight Paling Dinantikan Di LIMA ’23

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana