Siakap Keli
graduan terlupa ambil sijil
Kredit: @uitm_channel/TikTok

Graduan Terlupa Ambil Sijil Atas Pentas, Jalan Menonong Selepas Bergambar

Graduan Terlupa Ambil Sijil Atas Pentas, Jalan Menonong Selepas Bergambar

Majlis konvokesyen merupakan antara detik terpenting dalam hidup kerana ia adalah bukti kejayaan yang menunjukkan segala titik peluh yang diusahakan membuahkan hasil untuk mendapatkan segulung sijil.

Meskipun begitu, pastinya ada momen yang tidak akan dilupakan berlaku, sama ada baik atau buruk yang melibatkan diri atau keluarga mahupun rakan-rakan.

Namun jika dilihat dari sudut positif, hidup ini penuh dengan momen yang spontan di mana perkara berlaku di luar kawalan kita dan semestinya ia akan diingati sepanjang hidup.

Graduan tak ambil sijil jadi sorotan

Perkara itu kemungkinan boleh dikaitkan dengan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nabilah Abdul Razak yang menjadi tular baru-baru ini di media sosial.

Satu rakaman klip menunjukkan graduan menerima sijil di atas pentas semasa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96 yang berlangsung pada ketika ini.

Akan tetapi, apa yang menjadi perhatian orang ramai pada hari tersebut adalah perilaku yang ditunjukkan Nabilah semasa namanya disebut.

Menerusi video perkongsian @uitm_channel di TikTok, ketika nama Nabilah disebut, dia tampil ke hadapan menerima sijil dan juga sempat melihat kamera semasa gambarnya ditangkap.

Pada awalnya ia kelihatan normal, tetapi tidak lama kemudian, Nabilah bertindak untuk berjalan seperti tiada apa yang berlaku sedangkan dia tertinggal dan tidak mengambil sijilnya. 

Kredit: @uitm_channel/TikTok

Perkara itu membuatkan ramai geli hati kerana seorang graduan perlu mengambil sijilnya selepas namanya disebut dan baru berlalu pergi meninggalkan pentas.

Canselor yang menyampaikan sijil juga dilihat terkejut dan tertawa, kemudian pembawa sijil turut menggelengkan kepala sambil tersenyum dengan gelagat Nabilah.

Kredit: @uitm_channel/TikTok

Nabilah yang tadinya bergerak ke hadapan tiba-tiba tersedar dan teringat bahawa dia perlu mengambil sijilnya.

Dengan reaksi terkejut, dia kemudiannya berpaling ke belakang dan kelam kabut mengambil sijil yang dipegang oleh Canselor.

Malu dengan tindakannya, Nabilah menutup mukanya dengan sijil tersebut ketika menuruni anak tangga pentas.

Momen tersebut menjadi sorotan di laman TikTok UiTM kerana itu adalah kenangan yang mungkin tidak akan dilupakan buat pengendali majlis konvokesyen.

BACA: Ajak Tengku Permaisuri Pandang Kamera, Pemuda Dapat Gambar Konvo Cantik

“Kenangan ini mungkin tidak dapat dilupakan oleh beliau sampai bila-bila,” tulis kapsyen video itu.

Dalam pada itu, seorang perempuan yang dipercayai kawan sekelas Nabilah meninggalkan komen di video tersebut.

Kredit: TikTok

Wanita tersebut mengatakan rakan-rakan sekelasnya tertawa besar ketika melihat kelakuan Nabilah di atas pentas.

Dia menceritkan bahawa Nabilah sememangnya seorang penghibur di dalam kelas mereka.

“Kami satu kelas gelak-gelak sebab classmate kami ini memang jenis kalut,” ceritanya kepada umum.

Reaksi warga maya

Video tersebut mendapat perhatian umum dan rata-rata mereka juga geli hati dengan gelagat Nabilah.

Kredit: TikTok

Ujar mereka, tindakan Nabilah kemungkinan disebabkan kerana terlalu menghafal langkah sehingga terlupa perkara penting yang perlu dibuat ketika berada di pentas.

Ada juga yang membuat andaian mengatakan Nabilah terlupa disebabkan berfikir ia adalah raptai konvokesyen.

Kredit: TikTok

Dalam masa yang sama, ramai yang mengatakan reaksi Nabilah ‘comel’ kerana boleh terlupa untuk mengambil sijilnya.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@uitm_channel

Kenangan ini mungkin tidak dapat dilupakan oleh beliau sampai bila-bila..Tahniah Kepada Semua Graduan!!! #istiadatkonvokesyenuitm96

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

Sumber: @uitm_channel/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana