Siakap Keli
Erdogan Pilihan Raya
Gambar: AFP

Menang Pilihan Raya, Erdogan Kekal Sebagai Presiden Turkiye

Menang Pilihan Raya, Erdogan Kekal Sebagai Presiden Turkiye

ANKARA — Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengekalkan kepimpinannya sebagai Presiden negara berkenaan selepas mengalahkan pencabarnya dalam keputusan pilihan raya yang diumumkan hari ini, lapor AFP.

Difahamkan, Erdogan menewaskan Kemal Kilicdaroglu dari parti pembangkang dengan perbezaan undian sebanyak empat peratus. Keputusan tersebut mengekalkan dirinya sebagai Presiden Turkiye sehingga tahun 2028.

“Kita harus bersatu dalam perpaduan dan kesepaduan. Kami menyeru dengan sepenuh hati,” katanya kepada orang ramai yang melaung dan mengibarkan bendera.

Pemimpin Luar Turut Gembira

Kemenangan Presiden itu yang terus menerajui pucuk pimpinan disambut baik oleh beberapa presiden lain seperti Amerika Syarikat, Rusia, Ukraine, negara-negara Eropah dan sebagainya.

“Saya berharap dapat terus bekerjasama sebagai sekutu NATO dalam isu dua hala dan mengatasi cabaran global,” kata Presiden AS, Joe Biden menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan kemenangan dalam pilihan raya tersebut sebagai bukti sokongan rakyat terhadapnya bagi terus mengukuhkan kedaulatan negara dan meneruskan dasar luar yang bebas.

BACA JUGA: Presiden Türkiye Dirakam Azan Dan Menamakan Bayi Mangsa Gempa Bumi

Manakala Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky turut berkata beliau mahu terus mengadakan kerjasama bersama Erdogan khususnya dalam keselamatan dan kestabilan Eropah.

Ucapan tahniah terus diterima Erdogan dari seluruh pemimpin Eropah dan Arab termasuk bekas Presiden AS, Donald Trump.

Kibaran Bendera Rakyat

Kemenangan Erdogan disambut meriah oleh rakyat selepas pengumuman keputusan itu. Berikutan itu, trafik di dataran Taksim dilaporkan sesak ekoran ramai penyokong menyanyi dan mengibarkan bendera di bandar berkenaan.

Tambahan lagi, ahli politik berusia 69 tahun itu berjaya membawa keluar Turkiye dari kemelut krisis ekonomi yang teruk.

Salah seorang penyokong, Nisa Sivaslioglu, 17, memberitahu bahawa rakyat membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya ini.

“Rakyat kami memilih pemimpin yang betul. Saya menjangkakan Erdogan bakal membawa banyak lagi manfaat dan kebaikan untuk negara kami,” katanya.

Nafi PRU Ditangguh Akibat Gempa Di Turkiye

Sebelum ini, beliau menafikan bahawa terdapat penangguhan pilihan raya Turkiye susulan gempa bumi yang melanda awal Februari lalu, lapor AFP.

Walau bagaimanapun, Erdogan menjelaskan bahawa pilihan raya umum itu diadakan pada 14 Mei 2023.

Sumber: AFP via Daily Telegraph

BACA JUGA: Tidak Ditangguhkan, Pilihan Raya Turkiye Diadakan Pada 14 Mei

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?