Siakap Keli
Spiderman: Across the Spider-Verse bahasa tamil
Kredit: Facebook GSC

GSC Umum Tayangan Spiderman: Across The Spider-Verse Versi Bahasa Tamil

GSC Umum Tayangan Spiderman: Across The Spider-Verse Versi Bahasa Tamil

Bagi penggemar filem yang dialih suara kepada bahasa Tamil, ini berita baik untuk anda. Baru-baru ini, Golden Screen Cinema telah mengumumkan masa tayangan filem animasi SpiderMan: Across the Spider-Verse (2023) dalam versi bahasa Tamil.

Difahamkan, tayangan versi ini hanya ditayangkan dalam masa dan lokasi yang agak terhad. Antara lokasi yang dipilih untuk tayangan filem SpiderMan: Across the Spider-Verse (2023) veris Tamil ialah, GSC NU Sentral, GSC Quill City Mall dan GSC Summit USJ.

BACA: Tak Payah Cari “Link”, Korang Boleh Layan Bola Guna Aplikasi Ni Tanpa “Lag”, Siap Kualiti Tinggi

Pada akhir pengumuman tersebut, pihak panggung wayang berkenaan memaklumkan bahawa jualan tiket bagi tayangan versi ini akan dibuka tidak lama lagi.

Siapkan deria labah-labah anda sebelum menonton Spiderman: Across the Spider-Verse

Filem animasi ini merupakan sekuel kepada Spider-Man: Into the Spider-Verse  yang ditayangkan pada 2018.

Kali ini, kita dapat melihat watak utama, Miles Morales meneruskan siri saga Spider-Verse melalui pengembaraan epiknya bersama Gwen Stacy dan pasukan ‘Spider-People‘ untuk menangani musuh-musuh baharu.

Sudah semestinya, cabaran mereka tidak akan mudah kerana musuh-musuh yang dihadapi kali ini lebih kuat dan berkuasa berbanding dengan apa yang mereka tempuhi selama ini.

Secara umumnya, filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia pada 1 Jun 2023 bagi versi bahasa Inggeris. Dalam filem tersebut, sarikata bahasa Melayu dan Mendarin turut ditampilkan bagi memenuhi keperluan penonton yang terdiri daripada lapisan usia dan bangsa.

Filem ini merupakan arahan beberapa pengarah terkenal seperti Joaquim Dos Santos, Kemp Powers, Justin K. Thompson. Selain itu, filem animasi ini turut menampilkan beberapa bakat seperti Oscar Isaac, Shameik Moore, Hailee Steinfeld dan lain-lain.

Beberapa syarikat produksi terlibat dalam pembikinan filem ini seperti Columbia Pictures, Sony Pictures Animation, Marvel Entertainment dan sebagainya.

Menurut GSC, filem yang berdurasi dua jam 21 minit ini akan ditayangkan dalam beberapa format dan waktu tayangan.

BACA: Ujian Litar Dipantau Mesin, Wanita Kongsi Pengalaman Dapatkan Lesen Memandu Di Korea Selatan

Sumber: GSC via Facebook, GSC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma