Siakap Keli
Satelit Pengintip Korea Utara
Gambar: South Korea Defence Ministry / HO / AFP

Satelit Pengintip Korea Utara Terhempas Dalam Laut, Cetuskan Panik Di Korea Selatan

Satelit Pengintip Korea Utara Terhempas Dalam Laut, Cetuskan Panik Di Korea Selatan

Sebuah satelit pengintip Korea Utara dipercayai terhempas di dalam laut selepas  mengalami kegagalan sewaktu dilancarkan, lapor AFP .

Menurut laporan, tentera Korea Selatan telah mendapatkan serpihan satelit itu yang disyaki sebagai alat perisikan.

Difahamkan, Korea Utara tidak mempunyai sebarang satelit yang berfungsi di angkasa lepas.

Hal ini kerana pemimpinnya, Kim Jong Un lebih memfokuskan kepada pembangunan satelit perisikan dalam bidang ketenteraan walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melarang penggunaan teknologi tersebut.

Pantau Pergerakan Amerika Syarikat

Sementara itu, Pyongyang memaklumkan bahawa pelancaran satelit itu bertujuan untuk memantau pergerakan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya.

“Satelit pengintip baharu itu sangat penting untuk menjejak, memantau dan sebagai persediaan awal mengenai tindakan ketenteraan Amerika Syarikat,” maklum pihak Korea Utara.

Walau bagaimanapun, menurut Agensi Berita Pusat Rasmi Korea, roket membawa muatan satelit berkenaan dilaporkan hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam laut.

BACA JUGA: Korea Utara Lancar Lebih 10 Peluru Berpandu, Satu Dilapor Mendarat Berdekatan Perairan Korea Selatan

Tambah agensi itu, pihak berkuasa bakal menyiasat punca kejadian.

Menurut pakar, dalam imej yang diambil mendedahkan struktur logam besar seperti tong, paip nipis dan wayar pada bahagian bawah. Beliau membuat andaian bahawa ia mungkin akibat tangki bahan api cecair.

Cetus Panik 

Pelancaran roket tersebut dilapor mencetuskan panik dan kekeliruan di ibu negara Korea Selatan. Hal ini kerana kerajaan menyangka pelancaran tersebut merupakan pelancaran misil.

Tambahan lagi, pihak berkuasa bandar turut mengeluarkan notis amaran pemindahan kecemasan pada awal pagi tadi kepada penduduk.  Bunyi siren juga bergema di seluruh pusat bandar berkenaan.

Walau bagaimanapun, beberapa minit kemudian Kementerian Dalam Negeri Korea Selatan memaklumkan bahawa amaran maklumat yang dikeluarkan tidak tepat.

Bukan sahaja Korea Selatan terkesan malah Kerajaan Jepun turut mengaktifkan sistem amaran peluru berpandu di wilayah Okinawa awal pagi tadi kira-kira 30 minit selepas pelancaran roket.

Untuk makluman, Korea Selatan telah melancarkan lima satelit sejak 1998. Tiga daripadanya dilaporkan gagal manakala dua lagi berjaya.

Sumber: AFP

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?