Siakap Keli
AIR NEW ZEALAND TIMBANG PENUMPANG
SUMBER NZHERALD

Air New Zealand Minta Penumpang Timbang Berat Sebelum Naik “International Flight”

Air New Zealand Minta Penumpang Timbang Berat Sebelum Naik “International Flight”

Syarikat penerbangan Air New Zealand akan meminta para penumpang menimbang berat terlebih dahulu sebelum menaiki penerbangan antarabangsanya.

Menurut laporan CNBC, ia merupakan sebahagian daripada ujian percubaan syarikat itu dalam usahanya meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.

Air New Zealand pada Isnin berkata, pihaknya akan meminta lebih 10,000 pelanggan yang membeli tiket laluan antarabangsa untuk mengambil bahagian dalam tinjauan berat penumpang sebelum mereka menaiki pesawat.

Ujian berkenaan berjalan untuk tempoh beberapa minggu bermula 29 Mei sehingga 2 Julai. Ia akan diadakan di pintu masuk bagi penerbangan antarabangsa tertentu yang berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.

Manakala juruterbang perlu mengetahui semua berat dan keseimbangan pesawat yang dikemudi sebelum berlepas.

Langkah ini dibuat selepas aktiviti penerbangan antarabangsa kembali pulih susulan penarikan semula sekatan Covid-19 di banyak negara.

Sebelum ini , syarikat itu sudahpun melaksanakan ujian menimbang berat pelancong untuk penerbangan domestik sejak 2021.

Dalam pada itu, Air New Zealand memberi jaminan bahawa semua butiran berkenaan kajian berkenaan adalah rahsia dan tidak didedahkan kepada mana-mana pihak.

”Kami ingin meyakinkan semua bahawa tiada sebarang butiran atau paparan data ditayangkan dimana-mana ketika anda menyertai ujian timbangan berat ini,” kata Alastair James. Beliau merupakan wakil pegawai kepada Air New Zealand.

Malah, kakitangan syarikat yang mengendalikan ujian itu juga tidak memiliki akses kepada maklumat berat penumpang. Ujian itu dijalankan secara sukarela dan tanpa identiti.

”Dengan menyertai ujian ini, anda dapat membantu kami untuk menawarkan penerbangan yang selamat dan cekap kepada semua,” katanya.

Dalam pada itu, ujian yang dibuat oleh Air New Zealand ini bukanlah perkara baharu dalam industri penerbangan. Pada 2017, syrikat Finland Finnair pernah menimbang berat para penumpangnya bagi mengemas kini data purata berat penumpangnya selepas sedekad.

Sebelum ini,  kebanyakan syarikat masih menggunakan data daripada agensi Keselamatan Penerbangan Eropah yang dikumpul pada 2009.

Agensi berkenaan kini dikenali sebagai Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah.

BACA: Terkedu Masa Live, Adira ‘Insaf Terus’ Anak Tiba-Tiba Nyanyi, “Orang Biasa Mati, Artis Pun Mati”

Sumber: CNBC

Mohd Raimi Ismail

peace on earth