Siakap Keli
kucing berak atas tuan
Kredit Instagram

Niat Bawa “Healing” Berakhir Pening, Kucing Wanita Ini Selamba Berak Atas Tuan Sendiri

Niat Bawa “Healing” Berakhir Pening, Kucing Wanita Ini Selamba Berak Atas Tuan Sendiri

Bagi penggemar kucing, memelihara haiwan ini bukanlah sekadar haiwan peliharaan semata-mata, tapi ia juga dianggap sebahagian daripada keluarga mereka.

Telatahnya yang comel telah menyebabkan haiwan ini menjadi pilihan utama penggemar haiwan sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Selain telatahnya yang comel, kucing juga boleh menjadi peneman yang baik semasa di rumah apabila kesunyian.

Haiwan ini bukan sahaja dibela di rumah, sesetengah pemilik juga sering membawa haiwan ini pergi keluar bersiar-siar di luar mahupun taman.

Namun tidak semua pengalaman membawa haiwan itu keluar bersiar-siar akan berakhir dengan baik.

Seperti yang terjadi kepada seorang wanita ini yang mengalami kejadian lucu semasa membawa haiwan kesayangan itu.

Perkongsian sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram yang menggunakan nama paguyonan telah berjaya merakam kejadian tersebut.

Berdasarkan video itu, kelihatan seorang wanita sedang berada di dalam kereta bersama dengan haiwan kesayangannya itu.

Kredit Instagram

Kucing berak dari atas bahu wanita

Kucing itu kemudiannya dilihat memanjat bahu wanita tersebut dan secara tiba-tiba haiwan itu pun berak dari atas bahunya.

Kucing itu dapat didengari sempat mengeluarkan bunyi sebelum ia membuang najisnya di atas wanita tersebut.

Kredit Instagram

Pada awalnya, wanita itu kelihatan tidak menyedari akan najis yang jatuh dari kucing tersebut. Namun tidak lama kemudian baru dia menyedari akan najis tersebut.

Selepas selesai membuang najis, kucing itu terus melompat ke kerusi di bahagian penumpang di belakang kereta tersebut.

Wanita yang terkejut dengan kejadian itu hanya mampu gelak dan kelihatan seperti mahu muntah akibat daripada bau busuk najis kucing berkenaan.

Kredit Instagram

Menerusi rakaman video itu lagi, kedengaran suara seorang lelaki yang sedang memandu cuba memarahi kucing itu dan mengarahkannya untuk keluar dengan nada bergurau.

Mereka kemudiannya hanya mampu gelak bersama selepas apa yang terjadi kepada mereka berdua di dalam kereta tersebut.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Video tersebut lantas menjadi tular. Sehingga artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 100,000 tanda suka dan puluhan ribu komen dari netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PAGUYONAN BIKIN ASIK (@paguyonan)

Sumber: Instagram via paguyonan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka