Siakap Keli
siap ada rock climbing gelongsor bilik kanak-kanak dewasa cemburu
Kredit: TikTok

Siap Ada “Wall Climbing & Sliding”, Deko Bilik Budak Ini Buat Orang Dewasa Pun Cemburu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siap Ada “Wall Climbing & Sliding”, Deco Bilik Budak Ini Buat Orang Dewasa Pun Cemburu

Kita sering melihat gambar inspo bagi rekaan bilik idaman menerusi media sosial seperti Instagram, Pinterest, Tiktok dan sebagainya.

Kebanyakannya rekaan bilik tidur yang gempak dan menakjubkan datang daripada idea susun atur pereka berasal dari luar negara.

Mungkin, disebabkan faktor keluasan rumah menjadikan mereka lebih kreatif dalam menyusun atur kediaman masing-masing.

Di Malaysia, jarang kita melihat rekaan bilik yang menampilkan dua bahagian iaitu bahagian atas dan bawah bilik.

Ramai yang menyangka bahawa rekaan tersebut melibatkan kerja yang rumit dan kos yang tinggi atau memerlukan tuan rumah untuk melakukan pengubahsuaian rumah.

Maka, rekaan bilik tersebut dianggap sebagai satu perkara yang mustahil dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Wawa Fatimah (@wawa_fatimah) berkongsi rekaan bilik tidur anaknya yang sangat menarik.

Beliau merupakan seorang pempengaruh di TikTok yang kerap membuat ulasan mengenai barangan rumah dalam sesi ‘live’.

Pada awalnya, Wawa telah membawa pengikut untuk melihat rekaan dalaman rumahnya menerusi sebuah hantaran video di laman tersebut.

Sehubungan itu, para pengikutnya menjadi semakin teruja dan ingin melihat ruangan lain seperti bilik tidur anak dan ruangan solat.

Orang dewasa pun cemburu, bilik idaman budak ini siap ada wall climbing dan gelongsor sendiri

Bagi memenuhi permintaan pengikutnya, wanita tersebut berkongsi dekorasi ruangan bilik anak lelakinya.

Rekaan bilik anak lelakinya sangat cantik dan menyeronokkan kerana bilik tersebut memiliki dua bahagian iaitu, atas dan bawah.

Pada bahagian bawah bilik tersebut, ia menempatkan ruangan belajar manakala bahagian atas atau loteng pula menempatkan ruangan tidur.

Menariknya, bilik anaknya memiliki gelongsor dan segmen wall climbing yang tersendiri.

Difahamkan, rekaan bilik anak lelakinya telah dihasilkan oleh Wawa sendiri dengan kos pembinaan loteng kira-kira RM2,900. Manakala, kos untuk memasang gelongsor itu pula memakan kos dalam RM700.

Kata Wawa, rumahnya langsung tidak pernah diperluaskan dan ketinggian siling bilik anaknya dalam 15 kaki, membolehkan dirinya untuk membina bahagian tersebut.

Oleh sebab itu, rakan-rakan anaknya kerap datang rumahnya dan mengunjungi bilik anaknya untuk bergembira. Siapa tak seronok kalau bilik dah best macam ini?

Kami tampilkan beberapa video untuk tujuan mencuci mata.

@wawa_fatimah

Replying to @Sarah Mamat jom saya bawa ronda sekejap#rumahteres #home

♬ Dj Unityyy Remix Santuy – DJ ALI

@wawa_fatimah

Replying to @Ray1982 Boleh pilih ya nak yang mana😘☝🏻#2in1 #kipaslampu

♬ Somewhere Only We Know – Hilman Rospandi

@wawa_fatimah

Replying to @Sarah Mamat jom saya bawa ronda sekejap#rumahteres #home

♬ Dj Unityyy Remix Santuy – DJ ALI

BACA: Tips Mudah, Set Macam Ni Nak Elak Orang “Add” Masuk “Group” Telegram Bukan-bukan

Sumber: @wawa_fatimah via TikTok

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma