Siakap Keli
cara orang lumpuh drive
Kredit TikTok via @shakirzakaria6566

Pakai Alat Khas, Lelaki Kongsi Cara Orang Lumpuh Kaki “Drive” Kereta

Pakai Alat Khas, Lelaki Kongsi Cara Orang Lumpuh Kaki “Drive” Kereta

Hidup di dalam dunia ini tidak semua akan mempunyai nasib yang sama. Ada yang dilahirkan dengan pelbagai penyakit dan ada juga yang sihat tanpa penyakit dari kecil sampai besar.

Namun, walau apa pun keadaan yang dihadapi, kita harus tetap bersyukur dengan segala nikmat kehidupan yang telah diberi oleh Allah SWT.

Seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini yang lumpuh kedua belah kakinya dan masih meneruskan kehidupan seperti kebanyakan orang.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok yang bernama @shakirzakaria6566. Beliau telah berkongsikan bagaimana caranya untuk dia memandu kereta walaupun dalam keadaan kaki lumpuh seperti itu.

Menurutnya, kehidupan hariannya hanyalah bergantung kepada kerusi roda atau ‘wheelchair’ untuk bergerak ke mana-mana sahaja.

Namun, disebabkan tekad dan semangatnya, Shakir berjaya membuktikan bahawa orang sepertinya juga mampu untuk berdikari dan memandu kereta.

Kredit TikTok

Untuk orang lumpuh sepertinya, pedal minyak dan brek bukanlah terletak di bahagian kaki sebaliknya ia disambungkan dengan sejenis alat untuk dikawal menggunakan tangan. Alat tersebut dinamakan sebagai ‘portable hand control device’.

Kredit TikTok

“Kedua-dua kaki aku lumpuh, jadi aku menggunakan portable hand control. Satu alat yang menggunakan tangan untuk memandu kereta,” katanya menerusi video perkongsian tersebut.

Menurut Shakir, alat itu sama seperti kegunaan pedal di kaki yang memiliki dua fungsi iaitu satu untuk brek dan satu lagi untuk minyak.

“Alat ini ialah kegunaan untuk mereka yang OKU lumpuh kaki atau tiada kaki. Mereka menggunakan tangan untuk memandu,” tulis Shakir dalam video tersebut.

Alat ini sangat selamat untuk digunakan

Selain itu, penggunaan alat itu juga dikatakan mempunyai ciri keselamatan yang diperlukan bagi mereka yang mempunyai nasib sepertinya.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

“Perlu mendapatkan pengesahan keselamatan dari JPJ, lalu JPJ akan mengeluarkan surat pengesahan keselamatan untuk memandu,” tambah tulisan dalam video tersebut.

Shakir turut mendedahkan bahawa dia sudah menggunakan alat itu lebih daripada 10 tahun.

“Aku dah pakai benda ni lama dah, dekat 13 ke 14 tahun dah. Jadi mudah untuk travel pergi mana-mana pun,” akhiri Shakir dalam video tersebut.

@shakirzakaria6566

Bagaimana aku bergerak setiap hari ?

♬ I Wanna Ride With You – Fuse Adventures in Audio x Precarious Perch

Sumber: TikTok via @shakirzakaria6566

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka