Siakap Keli
Spesies Bunga Orkid rare ditemui di UK
SUMBER INDIPENDENT

Spesies Orkid Amat Jarang Ditemui, Dilapor Mekar Buat Pertama Kali Di UK

Spesies Orkid Amat Jarang Ditemui, Dilapor Mekar Buat Pertama Kali Di UK

Spesies  bunga orkid yang jarang ditemui dan diancam kepupusan ditemui ditemui mekar subur pertama kali di Kew Garden United Kingdom.

Orkid tersebut yang bernama The Florida Ghost mempunyai bentuk unik seperti katak kini boleh dilihat oleh orang ramai selepas dipamerkan di Pusat Konservatori Puteras Wales.

Sebelum ini, wujud kebimbangan bahawa orkid berkenaan mungkin tidak mampu tumbuh mekar di negara beriklim sejuk seperti United Kingdom. Orkid berkenaan dilapor memerlukan kelembapan cuaca yang tinggi dan cuaca yang sederhanan untuk membiak.

Orkid yang jarang ditemui itu kini merupakan sebahagian daripada 1,300 spesis bunga yang berbeza yang dipamerkan di pusat konservatori itu.

Spesies orkid jarang ditemui mekar di UK

Menurut Pakar Botani di taman itu, Alberto Trinco, The Florida Ghost adalah sejenis orkid yang tidak mempunyai daun. Tetapi memiliki akar dan berfotosintesis melalui akar.

Terdahulu, benih orkid ini diperolehi dari Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kebangsaan Florida Panther, Amerika Syarikat sebelum disemai di Taman Botani Chicago.

Selepas mendapat kebenaran untuk dieksport, orkid tersebut kemudian diterbangkan ke United Kingdom dari Chicago. Orkid berkenaan disimpan di dalam kotak khas sepanjang perjalanan.

Di Kew Garden, orkid berkenaan disemai di dalam terrarium khas bagi memastikan persekitara dengan kelembapan tinggi dan suhu sederhana dapat dikawal.

Menurut Trinco, ia adalah satu detik bersejarah dan luar biasa untuk melihat orkid berkenaan mampu tumbuh mekar di negaranya.

”Orkid ini sangat sukar untuk ditemui tumbuh mekar, walaupun ia disemai sekali pun,” katanya.

Menurut The Sun, orkid adalah spesis tumbuhan yang teramat sensitif dengan perubahan suhu. ‘Kehilangan’ tumbuhan orkid dalam sesuatu kawasan seringkali dijadikan petunjuk bahawa kesihatan sesuatu ekosistem itu menjadi buruk.

Manakala orkid The Florida Ghost pula biasanya didebungakan oleh rama-rama spinx, namun amat jarang mekar menjadi bunga, menurut penduduk asal di Florida.

Populasi global orkid ini menunjukkan penurunan yang mendadak, salah-satunya berpunca daripada aktiviti pembalakan haram di habitatnya.

BACA: “Jangan Beli Di Kawasan Panas..,” 10 Tips Ringkas Penting Patut Tahu Sebelum Beli Rumah

Sumber: Indipendent

Mohd Raimi Ismail

peace on earth