Siakap Keli
gambar 10 tahun lalu
Kredit: Metro UK

Wanita Terkesima Gambar Lama Keluarga Di Wales 10 Tahun Lalu Ditemui Di Filipina

Wanita Terkesima Gambar Lama Keluarga Di Wales 10 Tahun Lalu Ditemui Di Filipina

Seorang wanita terkesima selepas terjumpa semula  gambar keluarganya yang pernah diambil pada 10 tahun lalu menggunakan kamera lama (filem), lapor Metro UK.

Sharon Worgan yang berasal dari Conway County tidak pernah tahu bahawa gambar yang diambil di Wales, United Kingdom itu wujud sehingga ia dimuat naik di media sosial.

Difahamkan, segalanya bermula apabila kamera filem lama berjenama Minolta itu ditemui oleh seorang individu, Vince Masauding di Davao City, Filipina yang tinggal 6,500 batu jauh dari Sharon.

Kredit: Metro UK

Difahamkan kamera itu ditemui di sebuah kedai barang kemas bersama filem yang masih bergulung dan belum dicuci berada di dalam kamera lama itu.

Vince yang menyedari filem berkenaan masih bergulung terus ‘mencucinya’ dan menyiarkannya di dalam talian sebelum satu gambar nostalgia terpampang padanya.

Gambar tersebut mempamerkan tiga anak Sharon iaitu Dylan yang kini berusia 20 tahun, Eleanor, 17 tahun manakala yang bongsu, Lewis berusia 12 tahun, bermain di rumah datuk dan nenek mereka di Wales.

Kredit: Metro UK

Vince bertekad untuk mencari pemilik gambar tersebut (Sharon) dan tidak dapat mengatakan mengapa dia begitu tertarik dengan kamera filem itu.

Sehinggalah pada suatu hari Sharon ternampak gambar tersebut dalam talian yang dimuat naik oleh Vince sebelum itu.

Menyedari dia sangat mengenali setiap sosok dalam gambar itu, Sharon tekad meninggalkan komen menyatakan bahawa itu merupakan gambar keluarga miliknya.

Kemudian dia meminta untuk Vince menghubunginya.

BACA: Ajak Tengku Permaisuri Pandang Kamera, Pemuda Dapat Gambar Konvo Cantik

Kumpul, letak dalam album

Wanita berusia 43 tahun itu bercadang untuk meletakkan gambar tersebut dalam album supaya dapat mengingatkan kembali ke masa gembira itu selain jadikan sebagai memori.

Kredit: Metro UK

Walaupun anak-anaknya tidak mengaku dan ingat mereka pernah mengambil gambar, namun Sharon mempunyai firasat bahawa Dylan yang memegang kamera tersebut kerana mempunyai swafotonya.

“Saya tidak percaya apa yang saya lihat kerana ia tidak masuk akal sama sekali.

“Ia adalah satu ‘throw back’ kepada masa gembira. Sangat menyeronokkan untuk melihat anak-anak ketika mereka masih kecil,” katanya.

Sharon yang dipenuhi dengan kegembiraan itu menyatakan gambar tersebut sangat tulen, kerana memori telah disimpan pada kamera lama.

Milik ibu mertua

Walau bagaimanapun, dia tidak dapat memastikan bagaimana kamera itu boleh sampai ke Filipina.

Kemudian, dia teringat bahawa ibu mertuanya mempunyai kamera filem lama kerana mereka melawatnya setiap tahun.

Pun begitu, kamera itu hilang selepas ibu bapa mertua Sharon berpindah pada tahun 2021.

Ketika itu, mereka mengemas dan membungkus banyak barang lama dan menjualnya di kedai barangan terpakai.

Menurut Sharon, kenangan lama merupakan memori indah dan ia akan menjadi sebuah kisah yang menarik untuk diceritakan pada cucu-cucunya.

Sumber: Metro UK

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana