Siakap Keli
turun 26kg makan mcdonald
Kredit Today

Lelaki Dakwa Berjaya Turun 26Kg Dengan Hanya Makan McDonald Selama 100 Hari

Lelaki Dakwa Berjaya Turun 26Kg Dengan Hanya Makan McDonald Selama 100 Hari

Seorang lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 26 kilogram dengan hanya mengamalkan makan makanan di McDonalds selama 100 hari.

Memetik The Guardian, lelaki bernama Kevin Maginnis, 57, telah berkongsikan perjalanan kehilangan berat badannya dengan hanya memakan tiga hidangan setiap hari dari McDonald’s.

Maginnis, seorang atuk dari Nashville memberitahui stesen televisyen tempatan WSMV bahawa dia akan makan separuh daripada apa yang dia pesan. Ia bagi mengehadkan pengambilan kalori semasa ekperimen 100 harinya itu.

Dia juga berkata bahawa dia tidak jemu memakan Big Mac, kentang goreng, cucur epal dan makanan lain kerana dia hanya makan dalam kuantiti separuh hidangan sahaja.

Dalam sesi temu bual yang berasingan bersama NBC, Maginnis menerangkan bagaimana dia mengelakkan makanan ringan di antara waktu makan dan hanya minum air.

Hasilnya, dia kehilangan sebanyak 26.5 kilogram serta risiko kolestrol, tekanan darah dan risiko serangan jantungnya bertambah baik.

“Saya sebelum ini pra-diabetes. Kini berada dalam keadaan yang sihat,” kata Maginnis.

Hos temu bual itu turut kagum dengan perubahannya ketika dia menunjukkan gambarnya terbarunya dalam pakaian sukan dan seluar panjang. Sangat berbeza dari gambar lamanya yang jelas menunjukkan perutnya menonjol ke depan.

Kredit Today

Salah seorang hos temu bual itu kemudiannya menyatakan bahawa diet Maginnis “jelas tidak mampan”.

Maginnis pertahankan keberkesanan dietnya

Maginnis kemudian membalas dengan berseloroh: “Jangan cemburu ketika saya makan cucur epal namun masih mampu menurunkan berat badan.”

Tambah Maginnis, dia masih boleh menurunkan berat badan jika pengambilan makanan yang dikurangkan kekal sebagai asas dietnya.

“Separuh pinggan untuk menurunkan berat badan, tiga perempat daripada pinggan untuk mengekalkan berat badan. Apa-apa makanan, termasuk McDonald’s,” kata Maginnis.

Maginnis menjadi tular selepas perkongsian diet tidak konvensionalnya di muat naik dalam akaun TikTok miliknya.

Eksperimen 100 harinya berakhir pada Khamis lalu dan dia memberitahu bahawa penurunan berat badannya daripada 108 kilogram kepada 81.2 kilogram.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Sementara itu, Maginnis turut memberitahu WSMV bahawa isterinya juga menyertai cara dietnya itu kira-kira separuh jalan. Malah isterinya juga berjaya menurunkan sebanyak 9 kilogram.

Bercakap berkenaan cara diet Maginnis, WSMV turut mendapatkan pandangan dan pendapat daripada seorang doktor. Doktor itu memberi amaran bahawa diet Maginnis “bukan untuk semua orang”.

Sebaliknya doktor itu menggesa agar orang ramai memberi tumpuan untuk mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan yang tidak diproses.

@bigmaccoaching

Nothing but McDonalds for 100 days, 3 meals a day, cut in 1/2! #halfmaccoaching #portioncontrol #Mcdonalds #mcdonalds #100day #100dayweightloss #bigmaccoaching #transformativecoaching #nashvilleweightlosstransformation #weightlossjourney #weightloss #mcdonaldsweightloss #unsupersizeme #supersizeme #halfsizeme 1/2sizeme

♬ The Final Countdown – Europe

Sumber: The Guardian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka