Siakap Keli

Peluang Sekali Seumur Hidup, ‘Intern’ Paling Gah Kat Malaysia, Elaun Sampai RM2,000

Peluang Sekali Seumur Hidup, ‘Intern’ Paling Gah Kat Malaysia, Elaun Sampai RM2,000

Pernah tak seumur hidup korang terfikir nak bekerja dengan menteri? Kita selalu bagi macam-macam cadangan kat komen media sosial tapi macam tak ada siapa baca kan? Tapi kali ini korang boleh berbincang pasal polisi dan didedahkan dengan proses gubal dan pinda dasar kerajaan. Smart woo..

Sebenarnya peluang tu ada je, tambahan pulak kalau korang tu siswa/siswi atau graduan. Bukan takat tu je, ini peluang korang untuk asah kemahiran komunikasi dan bina keyakinan diri serta dapat pendedahan tentang pengurusan sistem pentadbiran kerajaan tau.

Program yang SK maksudkan adalah program Felo Perdana yang ditawarkan oleh Jabatan Belia dan Sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program ini ditawarkan khas buat belia dalam golongan siswa dan graduan universiti.

Duduk semeja dengan menteri

Program ini berkonsep mentoring dengan penempatan mentee (felo) bersama ahli jemaah menteri. Program Felo Perdana ni dah lama pun diperkenalkan sejak 2013 lagi. Tahun 2023 ni dah masuk tahun ke-11 dah pelaksanaan program.

Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun. Untuk kategori Siswa, tempoh penempatan dari 6 minggu hingga 3 bulan (Ogos-Oktober 2023). Untuk Graduan pula dari 3 bulan hingga 5 bulan (Ogos-Disember 2023).

Korang juga perlu sediakan resume terkini, maklumat pemohon serta esei tidak melebihi 500 patah perkataan tentang “Paradigma Malaysia Madani ke arah pembangunan belia positif.”

Sekiranya diterima dalam program ini, korang layak menerima elaun bulanan RM1,000 untuk Siswa dan RM2,000 untuk Graduan. Korang pun layak dapat cuti bulanan dan elaun tambahan lain tau. Mana nak cari lagi program yang banyak benefit macamni kat Malaysia.

Pengisian Program Felo Perdana bermula dengan sesi orientasi, penempatan bersama mentor, Bootcamp, Community Outreach iaitu program kesukarelawan dan penyediaan kertas polisi. Siswa dan Graduan yang layak, jangan tunggu lagi. Tarikh permohonan dah dilanjutkan dari 8 Jun ke 12 Jun 2023.

Ini masanya suara dan idea korang akan didengar secara dua hala bersama pak menteri dan mungkin idea korang akan menjadi dasar kerajaan yang baharu. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, klik pautan ini untuk mohon FELO PERDANA

elaun semeja menteri

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)