Siakap Keli
design rumah idaman
Gambar: Azari Mat Yasir

Tengah Cari “Design” Rumah Idaman? Ini Aspek Yang Perlu Diambil Berat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tengah Cari “Design” Rumah Idaman? Ini Aspek Yang Perlu Diambil Berat

Sebut pasal rumah, setiap orang mengimpikan kediaman dengan reka bentuk idaman hati. “Rumahku Syurgaku” itulah kalimat yang sering diucapkan dari mulut.

Bagaimanapun, untuk merealisasikan impian ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan tempoh masa yang panjang. Tambahan lagi, rumah yang ingin dibangunkan mengikut pelan atau keinginan pemilik.

Pelbagai aspek perlu dititikberatkan sebelum kerja-kerja pembinaan rumah seperti reka bentuk, keluasan rumah dan tapak rumah.

Hari ini, SK akan berkongsikan tips atau aspek penting dalam pemilihan design rumah agar rumah idaman dapat memenuhi kepuasan hati anda.

Untuk itu, mari ikuti perkongsian Azari Mat Yasir yang merupakan pensyarah Seni Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di bawah.

Sesuaikah Design ini Sebagai Rumah Impian Anda?

Gambar: Azari Mat Yasir

Semalam pelan rumah ni lalu dalam feed saya (courtesy Ainun Najihah Kamaruddin). Terus rasa terpanggil nak ulas pasal design rumah ni. Bukan kerana ia dikongsi secara percuma, saya tak gaduh pasal benda tu. Tapi kerana ramai yang menganggap ini design impian dan mahu mendirikan rumah berdasarkan design ini.

Nanti dulu!

Saya faham semua orang ada impian untuk bina rumah sendiri ikut cita rasa sendiri. Yelah, guna duit sendiri, kudrat sendiri, atas tanah sendiri memang syok. Tapi janganlah ambik design tangkap muat sahaja!

BACA JUGA: Nak Beli Rumah Kena Tengok Bumbung Pendek Atau Tidak, Ini Sebabnya

Sekali imbas, rumah ini nampak kecil dan sempit. Dengan ukuran bilik rata-rata 10′ x 10′, ini adalah ukuran rumah kos rendah. Tanpa bilik mandi untuk setiap bilik, ini akan menyebabkan pengguna berebut-rebut untuk guna satu bilik mandi kecil di belakang rumah. Ruang dalam yang sempit akan menyebabkan aktiviti terhad, dan akhirnya penghuni lebih berminat untuk duduk di luar rumah.

Gambar: Azari Mat Yasir

Dalam imej di bawah, saya sertakan sedikit ulasan berkenaan design tersebut. Saya buatkan 3D untuk masukkan perabot sekali untuk menggambarkan betapa sempitnya rumah ini. Mungkin ruang yang saya kira selesa adalah ruang makan dan dapurnya sahaja.

Itupun belum mengambil kira macam-macam jenis perabot dan peralatan lain yang ada di rumah seperti meja teh, rak buku, penyidai tuala/kain, peti sejuk, dapur gas, mesin basuh dan sebagainya.

Aspek Penting Dalam Design Rumah Idaman

Dalam pelan ini, antara aspek yang saya rasa kritikal adalah saiz bilik tidur utama yang melanggar keperluan UBBL. Saya rasa macam ada aspek-aspek lain yang dia langgar, mungkin arkitek-arkitek lain boleh tunjukkan.

Gambar: Azari Mat Yasir

Satu lagi aspek yang kritikal adalah susun atur ruang tamu. Pintu besar itu tidak berada pada kedudukan yang efisien, menyebabkan ruang laluan (kuning) akan memotong ruang tamu kepada dua bahagian kecil. Nanti nak letak TV pun tak pasti, apatah lagi rak yang kita selalu pamer pinggan mangkuk mahal dan piala/medal yang dimenangi anak-anak kan?

Nanti akan ada yang cakap, “jangan hina orang yang tak ada duit”.

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Bang, impian tu percuma, bang. Jadi alang-alang nak pasang impian, rancang betul-betul. Bukan semua design yang cantik tu mahal. Ramai arkitek yang berkepakaran membuat design “murah tapi cantik” atau “murah tapi selesa”. Janganlah pilih design yang “tak selesa kerana ia murah”.

design rumah idaman
Gambar: Azari Mat Yasir

Dengan keluasan rumah di bawah, saya akan korbankan satu bilik supaya ruang tamu dan bilik tidur utama dibesarkan. engan keluasan rumah di bawah, saya akan korbankan satu bilik supaya ruang tamu dan bilik tidur utama dibesarkan. Risaukan privasi bila tetamu datang? Buatlah serambi kat luar. Porch kereta tu tak perlu pun kat depan rumah. Itu hanya kebiasaan rumah teres. Letak kat tepi atau belakang pun tak apa. Tetamu lelaki duduk kat luar aje, tak payah sesibuk nak masuk sampai ke dalam.

design rumah idaman
Gambar: Azari Mat Yasir

Masih nak 4 bilik? Boleh. Kita simpan duit untuk ubahsuai antara 7-10 tahun akan datang. Tak ada siapa kata kita kena buat rumah tu siap semua sekali gus. Tengok gaya penggunaan. Bila anak-anak masih kecik, tak ada hal nak berkongsi bilik. Tapi bila dah remaja, mereka mungkin perlu bilik sendiri. Tapi nanti bila dah membujang, diorang dah tak duduk rumah pulak. Dah kahwin? Pi hambat dia cari rumah sendirilah!

Tak apa, ini semua impian. Tapi saya gesa, alang-alang nak berimpian membina rumah sendiri, tengoklah contoh-contoh yang baik. Ramai arkitek kongsi projek mereka di medsos ni sebenarnya. Boleh follow mereka.

Semoga bermanfaat!
Azari Mat Yasir
Pensyarah Senibina UTM

Sumber: Facebook Azari Mat Yasir 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?