Siakap Keli
rumah bumbung pendek
Gambar: Facebook Azizul Azli Ahmad

Nak Beli Rumah Kena Tengok Bumbung Pendek Atau Tidak, Ini Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nak Beli Rumah Kena Tengok Bumbung Pendek Atau Tidak, Ini Sebabnya

Rumah merupakan satu aset yang penting. Pembeliannya bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap daripada mereka memerlukan kesabaran yang tinggi sebelum kunci rumah menjadi milik anda.

Hal ini kerana pemilik perlu melalui proses mengumpul wang deposit, dokumen yang berkaitan dan sebagainya. Ia mengambil masa berbulan-bulan untuk melengkapkan semua proses ini.

Sehubungan itu, pemilihan rumah amatlah dititikberatkan agar tidak menyesal di kemudian hari.

Sehingga kini, pelbagai reka bentuk rumah dipersembahkan kepada kita dan hanya perlu membuat pemilihan sahaja. Walau bagaimanapun, setiap reka bentuk tidak mencapai standard yang difikirkan misalnya bumbung rumah yang pendek walaupun secara luaran ia tampak cantik dan memukau.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian pakar dalam jurusan Senibina, Perancangan & Ukur (PHD), Azizul Azli Ahmad di bawah.

MENGAPA BUMBUNG PENDEK?

Gambar: Facebook Azizul Azli Ahmad

Yang Pertama, pemaju banyak buat rumah reka bentuk baru hari ini. Reka bentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli. 

Kedua, bila bumbung direka bentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.

Ketiga, fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.

Keempat, bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.

Gambar: Facebook Azizul Azli Ahmad

Kelima, bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti. 

Keenam, kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.

BACA JUGA: “Puas Hati Dapat Ubah,” Serba Baharu & Moden, Transformasi Rumah Lama Ini Buat Ramai Terpukau

Ketujuh, bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air ke dalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus ke dalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.

Bumbung rumah pendek
Gambar: Facebook Azizul Azli Ahmad

Lapan, pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.

Sembilan, bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.

Sepuluh, elakkan beli kediaman modern, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil reka bentuk begini akan rugikan pembeli nanti.

Kesebelas, reka bentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.

Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa di sini. Moga jelas dan makin faham.

Azizul Azli Ahmad (PhD)
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. UiTM Perak

Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad

Muhd Iqbal