Siakap Keli
tujuh kenderaan musnah
Gambar: Sinar Harian

Tujuh Kenderaan Musnah Dalam Insiden Kebakaran Rumah

Tujuh Kenderaan Musnah Dalam Insiden Kebakaran Rumah

KLANG – Sebanyak tujuh buah kenderaan musnah dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Bawal di Kampung Sungai Udang hari ini, lapor Sinar Harian.

Kebakaran itu dipercayai berlaku di bahagian dapur sebuah rumah yang terletak di tingkat kelas A. Ia terbakar sebanyak 30 peratus.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.03 pagi.

Susulan itu, 20 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, Pelabuhan Klang dan Sungai Pinang dikerah ke lokasi kejadian.

BACA JUGA: Kelam, Langit Di Bandar New York Bertukar Oren Akibat Asap Kebakaran Dari Kanada

“Kebakaran telah mengakibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan enam motosikal terbakar seluruh 100 peratus.

Tambah Beliau, kebakaran itu dapat dipadam pada jam 3.20 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran

Baru-baru ini juga pernah berlaku kejadian yang hampir sama mengenai insiden rumah terbakar di Bertam, Melaka.
Difahamkan, kejadian ini melibatkan lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah tapak pembinaan musnah disebabkan kebakaran.
Susulan kejadian itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Mohamed Azuani Mat Yusuf berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.14 petang sebelum tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Kebakaran membabitkan lapan pintu rumah kongsi termasuk beberapa stor tempat penyimpan kabel dan petrol itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.31 malam ini.

“Kira-kira 100 mangsa membabitkan buruh binaan warga asing tinggal di rumah kongsi berkenaan namun, tidak ada yang dilaporkan kemalangan jiwa ketika kejadian,” katanya.

BACA JUGA: Hujan Lebat Landa Pakistan, 25 Orang Dilapor Terkorban

Sumber: Sinar Harian 

Ezzatul Syafiqah