Siakap Keli
Wanita kahwini diri sendiri
Kredit Soul Child Photography

“Give Up” Tunggu Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Nekad Kahwini Diri Sendiri

“Give Up” Tunggu Jodoh Tak Kunjung Tiba, Wanita Nekad Kahwini Diri Sendiri

Seorang wanita dilaporkan nekad berkahwin dengan dirinya sendiri dalam satu majlis yang lengkap dengan memakai gaun perkahwinan, cincin, kek dan pengiring majlis tersebut selepas gagal menemui jodoh.

Memetik Mirror UK, wanita bernama Robbie Fincham, 57, itu mendapati dirinya kesunyian selepas berpisah dengan pasangannya selama 20 tahun pada 2015 yang lalu.

Pada awalnya, Robbie menghabiskan beberapa tahun untuk pergi keluar temu janji namun gagal menemui seseorang yang istimewa.

Lama-kelamaan, dia mula bimbang jika dirinya tidak akan menemui cinta lagi pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, wanita dari Melbourne, Australia itu akhirnya menyedari bahawa dia tidak memerlukan orang lain untuk membahagiakan dirinya.

Robbie yang merupakan ibu kepada tiga orang anak iaitu Roland, 24, serta dua kembar Erica dan Alice, 21, berkata: “Saya melafazkan ikrar dalam cermin dan berjanji untuk sentiasa menyayangi diri sendiri. Ia agak mendalam bagi saya dan dalam masa yang sama ia buat saya gembira.

“Disebabkan saya sendiri tidak pernah berkahwin, saya terfikir mungkin ini perasaan menjadi seorang pengantin.

Pernah gagal dalam perhubungan dengan bapa kepada anak-anaknya

Menurut Robbie, berikutan kegagalan hubungannya dengan bapa kepada anak-anaknya, dia mula beranggapan bahawa pasangan istimewanya mungkin tidak wujud.

“Saya sedang mencari seseorang yang istimewa dalam perhubungan. Namun selepas alami kegagalan beberapa kali dalam hubungan menyebabkan saya terfikir mungkin saya tidak akan menemui seseorang.

“Ini membuatkan saya sedih dan kemurungan. Jadi saya pergi kaunseling dan mengambil masa setahun untuk berasa lebih baik,” kata Robbie.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Selepas mendapat rawatan dan kaunseling, Robbie mula menyedari kepentingan untuk menyayangi dirinya sendiri.

Kredit Soul Child Photography

“Melalui terapi dan meditasi, saya menyedari apa yang hilang dalam hidup saya. Sebelum ini, saya berfikir bahawa hidup saya tidak lengkap tanpa lelaki. Namun apa yang perlu saya lakukan adalah belajar untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu,” tambah Robbie lagi.

Kredit Soul Child Photography

Pada musim panas 2020, Robbie akhirnya membuat keputusan untuk memberikan komitmen kepada dirinya lalu berkahwin dengan dirinya sendiri.

Kredit PA Real Life

Robbie memutuskan untuk mengadakan majis itu pada hari lahirnya yang ke-55 pada 7 Februari 2021, di taman hadapan rumahnya.

Majlis itu turut dihadiri oleh empat kawan rapatnya serta dua anak perempuan kembarnya sebagai pengiring pengantin dan kakaknya sebagai penyambut pengantin.

Sumber: Mirror UK

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka